Fattah Amin buat peminat Indonesia menangis, gembira watak Yusuf dalam Trinil:Kembalikan Tubuhku ‘viral’

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Fattah Amin tidak menyangka watak Yusuf lakonannya menerusi filem seram Indonesia, Trinil: Kembalikan Tubuhku meninggalkan kesan besar kepada penonton di negara itu.

Kongsi Fattah,34, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dari Bandung telah menangis dan memukul salah seorang pelakon utama iaitu Rangga Nattra kerana telah berlaku kejam dengan Fattah dalam filem tersebut.

“Saya tak sangka watak saya sebagai Yusuf viral di Indonesia. Ketika barisan pelakon membuat promosi filem di pawagam, ada seorang penonton menangis dan memukul Rangga.

“Penonton itu terlalu beremosi sewaktu menonton salah satu babak antara saya dan Rangga yang memegang watak sebagai Sutan.

“Situasi itu bagi saya sangat menarik. Saya memang tak sangka watak Yusuf beri kesan kepada penonton,” katanya kepada URTV.

Fattah berkata demikian selepas majlis pratonton filem Trinil: Kembalikan Tubuhku di Pavillion Kuala Lumpur, petang tadi.

Justeru, hasrat Fattah yang ingin bertemu dengan penonton tersebut akhirnya tercapai ketika promosi filem berkenaan di Jakarta.

“Bila saya sertai sesi promosi filem berkenaan di Jakarta, saya dipertemukan dengan kanak-kanak perempuan itu.

“Peminat itu sanggup datang dari Bandung ke Jakarta untuk berjumpa dengan saya. Ketika kami dipertemukan, dia menangis.

“Saya hairan kenapa dia masih menangis. Bila ditanya, rupanya dia masih tidak berpuas hati dengan watak Yusuf dalam filem itu,” ujarnya.

Pada masa sama, Fattah akui menerima banyak maklum balas positif mengenai watak Yusuf menerusi pembacaannya di media sosial. 

Suami kepada selebriti terkenal Nur Fazura itu terharu dengan pujian yang diberikan oleh rakyat Indonesia.

“Lepas saja insiden itu, watak Yusuf memang viral. Bila saya tengok reviu di YouTube, ramai yang suka dengan watak Yusuf.

“Saya rasa mungkin mereka di Indonesia belum pernah melihat lakonan saya sebelum ini. Memang seronok dan syukur sangat walaupun ini lakonan pertama bersama produksi Indonesia dan 100 peratus penggambaran dilakukan di sana.

“Kalau sebelum ini mungkin ada sesetengah mereka nampak saya dalam filem Mat Kilau tapi untuk filem ini berbeza kerana ia genre seram. Di Instagram pun ramai orang Indonesia yang komen dan mesej salam kenal dengan saya. 

“Filem ini pun diarahkan oleh Hanung Bramantyo. Ramai yang mengenali pengarah ini dah tahu banyak filem arahannya yang popular,” ungkapnya.

Dalam filem Trinil: Kembalikan Tubuhku, Fattah melakonkan watak Yusuf yang juga seorang pakar psikiatris dan dukun yang membantu keluarga Sutan dan Rara yang berdepan dengan hantu penanggal.

Selain Fattah, filem arahan pengarah Hanung Bramantyo ini turut dibintangi Carmela van der Kruk, Rangga Nattra, Wulan Guritno, Shalom Razade dan ramai lagi.

Filem ini ditayangkan di Indonesia pada 4 Januari lalu, manakala di Malaysia dan Singapura, ia akan mula ditayangkan bermula esok di seluruh pawagam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This