Mengapa angka romannya ‘IIII’ dan bukannya ‘IV’? Kisah di sebalik Jam Gadang, si kembar Big Ben di Sumatera Barat

Dari Penulis

Jika anda pernah melancong ke Sumatera Barat di Indonesia, salah satu destinasi yang wajib dikunjungi sudah pasti Bukit Tinggi. Kota yang diapit Gunung Singgalang dan Gunung Merapi ini bukan saja menyajikan keindahan tersendiri, tetapi turut menjadi lokasi popular membeli belah.

Salah satu mercu tanda kawasan peranginan ini ialah Jam Gadang. Menara jam ini jika dilihat bersahaja tidak ubah seperti monumen lain yang terdapat di serata dunia. Tetapi ada sesuatu yang mungkin ramai tidak tahu tentang jam ini.

Latar belakang jam ini cukup menarik untuk dikaji. Mengikut beberapa catatan sejarah, menara  jam ini dibina sekitar tahun 1926. Jam ini adalah hadiah daripada Ratu Belanda kepada pegawai pemerintah Belanda yang bernama Rook Maker.  Sekitar abad ke-18 ketika dalam penjajahan Belanda, kota Bukit Tinggi dikenali sebagai Fort de Kock.

Percayakah anda kalau dikatakan mesin jam bendul ini sebenarnya mempunyai kembar?

Menurut beberapa catatan pembuat jam, mesin jam yang terdapat di Jam Gadang ini adalah serupa dengan mesin jam yang terdapat di menara jam Big Ben di London. Ia adalah hasil kerja tangan pembuat jam ternama dari Jerman bernama Benhard Vortmann.

Jam Gadang di Bukit Tinggi (kiri) dan jam Big Ben di London.

Vortmann merupakan pembuat jam terkenal di Eropah. Dia tinggal di bandar Rellinghausen, Jerman. Sekitar tahun 1892, Vortmann telah mendapat tempahan daripada dua orang ratu di Eropah iaitu Ratu England dan Ratu Belanda untuk membina dua buah jentera jam untuk menara.

Mengikut beberapa catatan lama, Vortmann asalnya tidak mahu membina dua jam ini kerana bimbang hasil ciptaannya itu akan menjejaskan prestij dua istana ini. Namun dia tidak berupaya untuk menolaknya lalu dibinanya kedua-duanya mengikut spesifikasi yang ditetapkan tetapi berbeza pada muka jam.

Kalau anda perasan, muka Jam Gadang di Bukit Tinggi mempunyai angka empat roman yang ditulis dengan muka huruf (IIII). Keadaan ini berbeza di Big Ben dengan tulisan angka roman (IV).

Soalnya kenapa perkara ini berlaku? Apakah pembuat jam ini sedar dia telah melakukan kesilapan atau memang ada rahsia di sebaliknya? Kalau sekiranya berlaku kesilapan, kenapa muka jam di Bukit Tinggi daripada huruf roman brixlion itu tidak diperbetulkan?

Angka 4 huruf roman dalam Jam Gadang ini sering diperdebatkan.

Sewaktu berkunjung ke Bukit Tunggi dahulu, kami melihat sendiri keadaan itu dan mendapati memang benar tentang tulisan yang tertera di muka jam ini.

Menurut penduduk tempatan, mereka sebenarnya perasan mengenai misteri huruf (4) pada muka Jam Gadang berbeza dengan huruf roman yang pernah mereka ketahui, tapi mereka tidak tahu kenapa kesilapan itu tidak diperbetulkan hingga hari ini.

Bagaimanapun, jelas seorang pemandu pelancong di kawasan ini yang bernama Andiri, sebenarnya ada pelbagai kisah mengenai angka empat itu ditulis begitu.

Mengikut sebuah cerita, dipercayai angka empat itu ditulis sedemikian kerana ia melambangkan jumlah orang yang meninggal dunia semasa membina menara jam ini.

Walau bagaimanapun jelas Andiri, cerita sebenar di sebalik huruf nombor 4 itu masih lagi tidak diketahui dan boleh dikatakan semua penduduk yang mendiami kawasan ini juga tidak tahu kenapa Belanda menulis angka empat sebegitu.

Nombor roman yang biasa kita lihat.

Sementara itu, selepas meneliti beberapa fakta akhirnya tanda tanya mengenai angka roman di Jam Gadang ini ditemui. Sebenarnya sejak beberapa abad lalu, terdapat pelbagai gaya dan jenis tulisan angka roman.  

Mengikut sebuah hipotesis yang dikeluarkan oleh Alfred Hooper, angka roman mempunyai perkaitan dengan isyarat jari. Beliau mengemukakan teori bahawa rupa bentuk angka roman bermula daripada isyarat tunjuk jari.

Tulisan ini bermula daripada angka satu dengan menunjukkan satu jari (I) hinggalah empat jari (IIII). Kemudian angka lima pula ditunjukkan melalui isyarat dua tapak tangan yang dicantumkan (V). Selepas itu, angka enam hingga 10 pula ditulis mengikut urutan kedua tapak tangan dengan urutan bilangan jari sebelah lagi 6 (V,I), 7 (V,II), 8 (V,III), 9 (V,IIII) dan angka 10 pula terjadi dengan menyilangkan ibu jari kanan dan kiri menjadi begini (X). Inilah rupa bentuk yang sempurna.

Berdasarkan kepada teori ini, kedudukan angka roman yang menerima angka empat ditulis dengan IIII menjadikan angka roman stabil pada kedudukannya. Perkara ini bagaimanapun menimbulkan perdebatan di kalangan ilmuwan barat sekitar abad ke-19.

Ini kerana kebanyakan ilmuwan berpendapat, angkat empat roman ditulis dengan cara huruf satu di sebelah kanan huruf lima iaitu begini (IV). Meskipun begitu, menurut Alfred Hooper, jika ia benar ditulis begitu, kenapa hanya ada satu saja angka yang ditulis sebegitu sedangkan angka lain semuanya ditulis selepas angka lima contohnya 6 (VI). Dan angka itu berurutan hinggalah sembilan.

Selepas berlaku beberapa perdebatan, akhirnya komuniti ilmuwan Eropah bersetuju untuk menerima kedua-dua jenis tulisan ini.

Kebanyakan jam lama di Eropah menggunakan simbol IIII untuk nombor 4.

Di Eropah, sekitar abad ke-15, tulisan roman pada muka jam menjadi sesuatu yang sangat popular. Mengikut sejarah pembuatan jam di Eropah, angka empat roman pada muka huruf jam sebenarnya adalah berbentuk begini (IIII) dan bukannya begini (IV). Keadaan ini berdasarkan rujukan kepada jam dinding Cathedral yang dibina sekitar tahun 1386 hingga 1392 yang bertulisan begitu.

Menurut beberapa orang pengkaji jam lama, tulisan pada jam Cathedral diambil berdasarkan rujukan tulisan angka pada manuskrip lama tulisan Greek. Selain itu, angka tulisan IIII begini menjadikan muka jam seimbang.

Jadi tidak hairanlah mengapa Raja Perancis yang bernama Louis XIV menyuruh tukang jam membina jam yang mempunyai angka empat tulisan roman sempurna.

Sebenarnya, Jam Gadang di Bukit Tinggi merupakan jam berhuruf roman sempurna dan ia bukanlah satu kesilapan. Sebaliknya kita yang tersilap mentafsirnya.

_______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Bunian tak semua cantik’… Miman gambarkan makhluk misteri dalam karyanya

Lukisan bunian yang dihasilkan oleh pelukis muda berbakat, Miman, baru-baru ini mencuri perhatian ramai di media sosial.  Berbeza dengan gambaran...

More Articles Like This