Abby Abadi minta pihak yang tak suka tengok keluarganya bahagia pergi berubat

Dari Penulis


AKTRES Abby Abadi dengan sinis menyindir warganet yang seolah tidak suka melihat kebahagiannya berkumpul bersama keluarga lebih-lebih lagi ia turut disertai oleh anak keduanya, Marissa Dania Hakim.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan,46, turut memberi teguran agar mana-mana pihak yang tidak suka dengan kemesraan mereka sekeluarga agar mendekatkan diri dengan Tuhan bagi mengelak daripada terus bercakap hal orang lain.

“Ada manusia tidak suka tengok orang berbaik, orang bahagia tetapi tetap follow Instagram orang.

“Ada tu tak follow pun tapi bila kita buat post, komen macam kenal lama. Macam duduk serumah… macam serba pandai tentang hidup orang.

“Siapa yang tidak puas hati tu pergi berubat okey. Nampak macam sakit, minta Allah bantu. Dunia sudah di akhir zaman, jaga diri,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram Story.

Pada masa sama, Abby tidak lupa berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan komen positif dan mendoakan untuk keluarganya menerusi ruangan komen di Instagram.

“Yang baik budi bicara, yang komen baik-baik tinggalkan nasihat yang baik dan mendoakan, saya ucapkan terima kasih.

“Terima kasih banyak okey. Semoga Allah balas dengan syurga tertinggi-Nya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan puteri sulung Abby dan pelakon, Norman Hakim iaitu Marissa Dania dilihat kembali berkumpul bersama seisi keluarga yang dipercayai ketika menghadiri acara previu Ramadan di sebuah hotel di Selangor.

Menerusi rakaman video tersebut, Norman dilihat menyuapkan makanan ke mulut Marissa dengan mesra seolah-olah menggambarkan hubungan mereka sudah kembali jernih.

Turut kelihatan suami kepada Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria selain abang sulung Danish Hakim dan adik perempuan, Marisa Danisha Hakim.

Terdahulu, nama Marissa yang juga merupakan model dan pempengaruh kembali hangat selepas didakwa telah berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand dengan lelaki berstatus suami orang bernama Aslam.

Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga sekitar Disember tahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang ketika itu menunaikan umrah.

Lebih mengejutkan, pernikahan tersebut berlangsung tanpa pengetahuan ahli keluarga Marissa sendiri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This