Jamin kualiti padang SNBJ, PSM guna khidmat tenaga pakar hadapi konsert Ed Sheeran

Dari Penulis

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) mengambil langkah proaktif dengan menggunakan khidmat tenaga pakar Labosport dalam mempersiapkan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk konsert Ed Sheeran malam ini dan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman pada 26 Mac ini.

Menurut kenyataan PSM hari ini, sebagai langkah awal, pihaknya telah memindahkan rumput seluas 1,900 meter persegi di padang itu bagi menempatkan pentas dan menara sistem audio mengikut tema “World Tour” Ed Sheeran.

“Rumput yang telah dipindahkan kini diberi jagaan intensif termasuk pengairan dan pembajaan supaya kesihatan rumput berada pada tahap optimum.

“Selain itu, PSM bersedia untuk menggunakan rumput dari tapak semaian sekiranya perlu. Tapak semaian sedia ada mempunyai keluasan rumput melebihi 2,000 meter persegi untuk menampung keperluan padang SNBJ,” menurut kenyataan itu.

Baca artikel lain: Pemimpin PH Johor diminta tak ‘mengemis’ jawatan

PSM menegluarkan kenyataan itu susulan kerisauan orang ramai terhadap permukaan padang selepas konsert artis antarabangsa itu memandangkan skuad Harimau Malaya akan menggunakan gelanggang sama bagi menghadapi saingan Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Menurut PSM, pihaknya akan segera melakukan kerja membongkar peralatan daripada konsert berkenaan sejurus selepas ia berakhir diikuti kerja-kerja di padang.

Isu permukaan padang yang rosak sebelum ini pernah menjadi topik perbualan hangat selepas persembahan band ternama dari British Coldplay, 22 Nov tahun lepas hingga mengganggu perjalanan final saingan Piala Malaysia 2023.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut, motosikal bergesel sebelum terjatuh dan digilis lori di Johor Bahru

SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan motosikal lain sebelum terjatuh lalu digilis sebuah lori di Kilometer 7.6...

More Articles Like This