Nifsu Syaaban : PM ajak umat Islam tingkatkan amal ibadah

Dari Penulis

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh umat Islam bersama-sama mempertingkatkan amal ibadat serta memperkukuh elemen kerohanian dengan berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam ini, yang merupakan malam Nisfu Syaaban.

“Ini juga menandakan semakin dekatnya kita dengan Ramadan Al-Mubarak. Persiapan kerohanian dan amalan yang istiqamah akan membantu kita menjalani tarbiyah Ramadan kelak dengan penuh keberkatan,” katanya menerusi hantaran di media sosial beliau hari ini.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Nisfu Syaaban, iaitu hari ke-15 atau pertengahan bulan Syaaban merupakan antara hari yang dimuliakan Allah dan umat Islam digalakkan melakukan pelbagai ibadah seperti membaca al-Quran, berzikir, berselawat, beristighfar pada malamnya dan berpuasa pada siangnya.  


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This