Final Piala Malaysia antara JDT, Sri Pahang pada 12 April di SNBJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

FINAL Piala Malaysia 2024-2025 yang akan menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Sri Pahang FC bakal berlangsung pada 12 April depan.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan memaklumkan, final Piala Malaysia itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menurut MFL, keputusan penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia 2024-2025 serta penglibatan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE).

Katanya, ia selepas skuad Harimau Selatan itu layak ke pusingan 16 terbaik dengan aksi timbal balik bermula pada 4 Mac dan sekiranya berjaya ke suku akhir dijangka berlangsung pada 25 April depan.

“Tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia itu dilihat akan memberi ruang kepada JDT untuk mengharungi peringkat kalah mati ACLE di mana penglibatan JDT di pentas antarabangsa cukup penting dalam menyumbang mata bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking kelab AFC.

Baca artikel lain: JDT ke final Piala Malaysia, singkir Terengganu FC agregat 6-1

“MFL selaku badan pengelola komited untuk menyokong mana-mana kelab yang menggalas cabaran negara di pentas antarabangsa malah keputusan penetapan tarikh final Piala Malaysia edisi ke-98 itu mendapat persetujuan dan sokongan baik Sri Pahang FC,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, MFL berkata, ketersediaan venue SNBJ juga menjadi faktor penting dalam pemilihan tarikh 12 April itu.

Jelasnya, SNBJ dilihat gelanggang paling sesuai untuk menyambut kehadiran ribuan penyokong kedua-dua pasukan itu nanti.

“Stadium Nasional Bukit Jalil akan ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikan padang bermula selepas Piala Malaysia, menjadikan 12 April sebagai tarikh paling ideal untuk menganjurkan perlawanan akhir,” katanya.

Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio melangkah ke final Piala Malaysia dengan agregat 6-1 ke atas Terengganu FC.

Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad pula mara ke final selepas menewaskan Sabah FC dengan agregat 3-2.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Tidak lekang di bibir kebergantungan mutlak kepada Allah’ – Asyraf Wajdi

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi sebagai pemimpin muda yang...

More Articles Like This