Galakan berkahwin bagi orang bujang serta cara mengawal hawa nafsu

Dari Penulis

Sambungan dari artikel sebelum ini, sebagai orang Islam Baginda s.a.w. telah pun memberi saranan dan galakan kepada mereka yang bujang agar bersegera bernikah terutama bagi yang sudah berkemampuan. Jangan bertangguh kerana di situ adanya hukum wajib berkahwin bagi mereka yang tidak mampu mengawal hawa nafsu.

Dari Ibnu Masu’d r.a. dari Nabi s.a.w.

“Hai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang telah mencapai masa nikah (memiliki kemampuan seksualiti) maka nikahlah. Kerana yang demikian itu lebih perlu menjaga pandangan mata dan kemaluan. Barangsiapa yang belum mampu hendaklah ia berpuasa kerana itu adalah penyembuh” (HR Bukhari) 

Namun masalah sekarang ini seolah menjadi amalan masyarakat sekarang yang tidak mahu berkahwin dan ingin hidup bebas tanpa kongkongan pasangan. Mereka lebih menumpukan kepada kerjaya dan tidak mahu terikat dengan komitmen atau tanggungjawab terhadap keluarga. Inilah salah satu punca di negara maju mengapa robot penggoda mengambil alih tugas sebagai teman hidup. 

Sebetulnya, ada banyak cara bagi mereka yang bujang agar tidak terjebak dengan perlakuan jijik ini antaranya saranan nabi s.a.w. dalam hadis di atas hendaklah kamu berpuasa.

Itu kerana dengan berpuasa akan menurunkan keinginan hawa nafsu. Pastikan makan secara sederhana bukan terlalu kenyang. Sebab kenyang itulah yang akan merangsang nafsu.

Selain itu tingkatkanlah ilmu agama dan jagalah pandangan mata atau hati kerana di situlah pancaindera yang mampu menggugat keimanan diri.  Berkawanlah dengan orang yang baik-baik dan jauhi diri dari mendekati tempat-tempat maksiat.

Lebih baik lagi jika mereka sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Lazimnya mereka yang bermasturbasi ini sebenarnya tiada aktiviti untuk dilakukan. Jiwa mereka rasa kosong, kerana itu mulalah mereka terpikir dan buat macam-macam.

Artikel berkaitan: Robot penggoda solusi merawat nafsu syahwat, adakah dibolehkan dalam Islam?

Sebagai umat Islam juga perlu diingat, setiap apa yang haram ia akan bawa kepada azab. Itu janji Allah. Jadi kalaulah kita sentiasa berfikir tentang azab ini, insya’ Allah ada daya kita menahan diri.

Apa yang penting usaha dengan takwa dan menjaga diri dari perkara haram. Ingat janji Allah dalam surah at-Talaq ayat 2 dan 3, hanya mereka yang punya tingkat takwa yang pasti Allah bukakan jalan keluar. Mafhum Nya

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan membukakan jalan keluar untuknya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya”

Cuba mencabar Tuhan

Sementara itu usaha pihak tertentu yang cuba menjadikan robot seperti manusia dengan diberikan perasaan dan kecerdikan, sememangnya kelompok ini perlu dibidas dengan ayat 4 dari surah at-Tin,

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”

Istilah sebaik-baik kejadian sudah cukup jelas memberi gambaran bahawa walaupun robot mempunyai perasaan dan kecerdikan tersendiri, namun ia masih lagi jauh untuk menandingi kehebatan manusia.

Ia tidak mungkin terjadi, walaupun dalam sesuatu perkara atau kemampuan kita lihat robot lebih hebat, namun dalam aspek dan struktur lain tetap tidak dapat menandingi manusia.

Itu kerana manusia sendiri dicipta dan dijadikan oleh pencipta yang Maha Hebat lagi Maha Berkuasa. Jadi mana mungkin ciptaan manusia boleh menandingi ciptaan Tuhan. Jika begitulah jadinya maka secara langsung tanpa sedar ia telah menafikan kekuasaan Allah dan seolahnya mencabar Tuhan.

Justeru dalam mendepani cabaran teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mula mengambil tempat manusia dalam banyak hal, kita perlu bijak mengawal situasi ini. Gunakanlah kemajuan teknologi ini dengan menjana pahala dan rahmat dari Allah dan bukan jalan mengundang bala binasa dari Nya.

Dalam pada itu menurut Syeikh Hamza Yusuf pula, tidak dinafikan al-Quran sememangnya menggalakkan kemajuan teknologi. Apatah lagi kita hidup dalam zaman yang teknologi yang sedang berkembang, dan kita tidak boleh menghindarinya.

Walaubagaimanapun sebagai manusia, apa yang penting kita perlu ada sifat kawalan dalam diri. Jika tidak, apa akan jadi kepada manusia nanti?

Andainya semua kerja dibuat oleh robot sudah tentu manusia tiada nilai. Apatah lagi Islam melihat kerja adalah satu dari cabang ibadah. Jadi bayangkan apabila robot mula mengambil alih tempat manusia sehingga lama-kelamaan manusia menjadi malas.

Justeru kita perlu ada disiplin dalam jiwa supaya kita dapat bebas dan tidak jadi hamba pada diri sendiri dan juga teknologi. Dalam masa yang sama kita menjadi hamba yang mengagungkan kekuasaan Allah dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang. Wallahu a’lam

________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This