26 selebriti pilihan Rizman Ruzaini, wakili 100 rekaan koleksi RR 2024 – “Pemilihan dibuat berdasarkan personaliti, imej & pencapaian dalam industri”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SERAMAI 26 selebriti dalam kalangan pelakon dan penyanyi terkenal dipilih sebagai wakilan atau muses koleksi Raya RR yang bertemakan Sempurnanya Syawal Bersama Rizman Ruzaini.

Mereka terdiri daripada Amy Mastura, Fikry Ibrahim, Hisyam Hamid, Lorenzo Irman, Ali Reza, Idris Khan, Noki, Aliff Aziz, Bella Astillah, Rozita Che Wan, Izara Aishah, Nadiyah Shahab dan Sean Lee.

Tidak ketinggalan, Hael Husaini, Shaza Bae, Siti Hariesa, Shahrul Aimy, Siti Khadijah, Amyra Rosli, Ammar Baharin, Aqeef Anaqi, Ayra Aryssa, Izzue Islam, Aiman Ameer, Nora Danish dan Emma Ma’embong.

Pemilik Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin berkata, pemilihan 26 selebriti ini dibuat berdasarkan personaliti, imej, dan pencapaian mereka dalam industri selain ’jiwa’ RR dalam diri mereka.

“Kami mahukan kepelbagaian dalam pemilihan muses kami ini kerana RR Royalties kami juga datang daripada pebagai latar belakang. 

“Justeru, kami pastikan muses ini mampu mewakili semua lapisan pelanggan yang membeli koleksi RR, daripada taraf diva, senior, yang sedang meningkat naik, generasi baru dan trendy,” katanya.

Menurutnya, konsep penggunaan muses dalam koleksi raya RR kali ini bagi membolehkan pelanggan menjadikan mereka rujukan.

”Kami mahu setiap orang dapat menikmati kesempurnaan raya dengan pilihan baju impian mereka bersama kami. Seperti yang kita tahu jenama Rizman Ruzaini ini sinonim dengan selebriti.

“Kami faham kebanyakan orang kita menjadikan selebriti kegemaran mereka sebagai rujukan dalam berfesyen termasuklah untuk membeli baju raya. 

“Jadi, inilah waktunya untuk kami meraikan pelanggan kami dengan menghadiahkan mereka stail yang sama level dengan selebriti terkenal tapi pada harga mampu milik,” ujarnya.

Menariknya tahun ini, setiap muses yang dipilih turut dijemput menjadi affiliate RR yang mana mereka boleh mempromosikan koleksi Raya RR ini bersama pengikut mereka menerusi media sosial masing-masing. 

Setiap koleksi yang terjual membolehkan mereka menikmati peratusan keuntungan yang akan dikongsi RR.

Hampir 100 rekaan baju kurung dan kurta bercetak dilancarkan dengan setiap satunya diwakili setiap selebriti terbabit. 

Koleksi kali ini menawarkan rencam gaya yang boleh dipilih mengikut personaliti dan kesesuaian RR Royalties dengan cetakan motif daripada pelbagai inspirasi klasik dan kontemporari. 

Koleksi Raya RR 2024 ini dilancarkan sepenuhnya pada 1 Mac 2024 melalui pembelian secara dalam talian di www.rrbyrizmanruzaini.com. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This