Peniaga maut ketika berkonvoi hadiri RXZ Fighter 2024

Dari Penulis

SEORANG peniaga pasar malam maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di KM166.6 Lebuhraya Pantai Timur dekat Maran ketika berkonvoi untuk menghadiri program RXZ Fighter 2024 di Kuantan, hari ini. 

Video dashcam kemalangan kedua melibatkan peserta RXZ Fighter 2024

https://t.me/infoutusantv/4230?single

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.55 pagi itu, Muhammad Lokman Abdul Aziz, 29, yang beralamat di Kuala Kangsar, Perak meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati Muhammad Lokman bersama 14 lagi penunggang motosikal sedang berkonvoi dari Kuala Kangsar ke Kuantan dengan kedudukan mangsa di belakang sekali.

Baca artikel lain: SB maut tertembak ketika operasi siasat pencerobohan Hutan Simpan Ulu Muda

Menurut Mohamad Zamri, Muhammad Lokman dipercayai telah hilang kawalan ke atas motosikal jenis Yamaha RXZ yang dipandunya dan terbabas ke sebelah kiri sebelum melanggar besi penghadang jalan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans Hospital Temerloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This