Dokumentari This Is Johan beri inspirasi kepada pelapis baharu rangkul kejayaan – Joe Flizzow

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Hotlink telah mempersembahkan siaran dokumentari autobiografi ‘This is Johan’ bersama Universal Music Group (UMG) dan Viu. 

Dokumentari tersebut, yang meliputi dua bahagian berasingan, mencatatkan kisah evolusi Joe Flizzow yang merangkumi jejak pemuzik rap tersebut dalam industri muzik tanah air serta usaha untuk menubuhkan genre hip-hop di Malaysia.

Dokumentari tersebut telah mencatat kisah asal Johan Ishak sebelum dikenali di kalangan ramai sebagai Joe Flizzow. 

Rancangan tersebut mempamerkan titik peluh, kejayaan, kejatuhan dan semangat #BikinSampaiJadi Joe yang telah dan masih memberi inspirasi kepada peminat-peminat tempatan serta pengikut hip-hop sehingga kini.

Kolaborasi tiga pihak antara Hotlink, UMG, dan Viu itu sebagai usaha untuk memperkukuhkan perkembangan industri muzik di Malaysia dan memberi inspirasi kepada warga belia untuk mencapai impian mereka dalam bidang diceburi.

“Sebagai penyedia penyelesaian bersepadu untuk golongan belia, kami amat teruja untuk menggunakan peluang istimewa ini dengan mempamerkan semangat #BikinSampaiJadi sebagai inspirasi kepada warga belia untuk mencapai impian mereka,” kata Rabiras Rajakrishnan selaku Ketua Konsumer Hotlink di Maxis.

Joe yang turut berkongsi pengalaman sepanjang pembikinan dokumentari, ia telah dirakam secara santai.

“Harapan saya untuk dokumentari ini tidak terhad kepada catatan kisah kerjaya saya, tetapi juga sebagai inspirasi kepada bakal artis untuk membara semangat dan merangkul kejayaan masing-masing. 

“Untuk saya, ia adalah proses ‘menang atau belajar’, tiada istilah seperti kalah, tetapi belajar. 

“Saya ingin penonton untuk melihat pengalaman manis dan pahit sekaligus bangkit bersemangat untuk mencapai impian mereka walau apapun cabaran. Percayalah, momen inilah yang akan membentuk anda untuk menjadi seorang legenda kelak,” kata Joe.

Tambah Joe lagi, dokumentari ini menawarkan pandangan unik dalam kehidupan seseorang artis yang tidak sahaja melakarkan impak dalam industri muzik tempatan, tetapi juga perjuangan untuk memperolehi tempat dalam industri ini. 

“Dokumentari ini mempunyai sesuatu untuk semua para penonton, baik peminat hip-hop ataupun seorang yang gemar kisah-kisah tentang daya tahan terhadap cabaran hidup dan kreativiti,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan UMG, Kim Lim berkata, pihaknya teruja untuk berkongsi dokumentari ini dengan memberi peluang untuk para penonton menonton kisah perjalanan Joe yang menakjubkan serta kemeriahan industri muzik di Malaysia. 

“Kisah pengalaman Joe sejak permulaan beliau dalam industri muzik ini adalah bukti daripada ketekunan, titik peluh beliau dan juga keupayaan transformasi hasil seni seperti muzik,” katanya.

This is Johan sudah mula disiarkan di laman penstriman Viu sejak 29 Februari lalu.

Bagi pengguna Hotlink boleh memperolehi kod percuma sebulan Viu Premium dari aplikasi Hotlink untuk menonton kedua-dua bahagian dokumentari berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This