Kedah sahkan Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali pulang ke gagang

Dari Penulis

KEDAH Datul Aman (KDA FC) terus memberikan berita gembiran sejak beberapa hari lepas apabila mengumumkan satu persatu para pemain yang dipilih untuk meneruskan cabaran menghadapi Liga Malaysia tahun ini.

Terbaharu, KDA mengumumkan berjaya menarik kembali dua bekas bintangnya, Syafiq Ahmad dan Rizal Ghazali untuk kembali menyaung jersi Sang Kenari ibarat sirih pulang ke gagang seperti mana yang diharapkan oleh penyokong pasukan tersebut.

Pengumuman mengenai kembalinya Syafiq dibuat media rasmi Sang Kenari, hari ini, yang turut menjunjung kasih perkenan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam proses berkaitan pemain yang kini berstatus pemain pinjaman bagi musim 2024.

Ini diikuti pengumuman mengenai kemasukan semula bek kanan kental, Rizal yang juga bekas pemain Sabah FC.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan kepulangan Muhammad Syafiq Ahmad ke pangkuan Sang Kenari di musim 2024-2025.

“Dengan persetujuan bersama kedua-dua kelab, berstatus pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), pihak pengurusan KDA FC menjunjung kasih dengan perkenan TMJ memberi persetujuan untuk pemain kelab itu mewakili KDA FC musim ini.

“Tidak perlu diperkenalkan lagi, pemain itu yang cukup prolifik dengan tandukan padu di Liga M dan peringkat antarabangsa. Syafiq akan memperkuatkan jentera serangan pasukan Sang Kenari. Ayuh, kita lakukannya,” kata kenyataan itu.

Menurut KDA FC, kemasukan Rizal dijangka akan memperkuatkan lagi benteng pasukan selepas pemain itu berkelana selama beberapa tahun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This