Kelantan FC tagih khidmat pemain Palestin untuk Liga Super musim ini

Dari Penulis

KELANTAN United (KUFC) hari ini memperkenalkan pemain baharu mereka iaitu pemain tengah kebangsaan Palestin Oday Kharoub, bagi memperkuatkan pasukan menghadapi Liga Super 2024/2025.

Presiden KUFC Rozi Muhamad berkata pihaknya telah menandatangani kontrak bersama pemain berkenaan yang berusia 31 tahun, hari ini yang bermain dalam kesebelasan utama pasukan negaranya pada kejohanan Piala Asia.

“Oday beraksi dalam kesemua perlawanan Palestin di peringkat kumpulan di Piala Asia dan telah membantu negaranya mara ke pusingan kalah mati,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Kontrak Pemain KUFC, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, hari ini.

Selain Oday, pada majlis itu KUFC turut menandatangani dua pemain tempatan iaitu Wan Mohamad Fazli bermain di posisi penyerang dan Mohamad Fazrul Amir Md Zaman, yang di bahagian tengah KUFC.

Rozi Muhamad berkata pemilihan Oday merupakan pilihan terbaik, selepas menyaksikan sendiri pemain itu bermain cemerlang di Qatar.

BERITA BERKAITAN Kedah sahkan Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali pulang ke gagang

“Kita telah mendapat nasihat daripada beberapa individu termasuk jurulatih, sebelum mendapatkan khidmat pemain ini selama semusim.

“Musim ini kita akan menggunakan lima pemain import dan akan menandatangani kontrak dengan empat lagi pemain lain dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata pasukannya hampir 70 peratus telah melakukan persiapan daripada segi pemilihan pemain, bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.

“Kita telah melakukan rombakan besar-besaran terhadap pemain musim lalu dan hampir 80 peratus pemain baharu musim ini bagi memperkuatkan pasukan,” katanya.

Beliau yakin dengan kehadiran Oday, ia juga akan dapat menarik ramai penyokong ke stadium musim ini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This