Afiat rekod jualan tahunan sehingga RM5 juta, sasar peningkatan 25 peratus. Perkenal Set Bersalin A’fiat

Dari Penulis

Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd (Afiat) mensasarkan peningkatan 20 hingga 25 peratus perolehan jualan bagi tahun ini didorong strategi pemasaran serta penjenamaan produknya.

Pengurus besar Afiat, Abdul Raof Ahmad Zakaria berkata, syarikat bumiputera itu merekodkan jualan tahunan antara RM4.5 juta hingga RM5 juta sebelum ini.

Menurut beliau sasaran berkenaan selari dengan permintaan terhadap minyak afiat dan minyak hangat dijangka kekal tinggi sekali gus menjadi penyumbang utama kepada keseluruhan jualan dengan sasaran RM500,000 hingga RM900,000 tahun ini.

“Minyak afiat sememangnya mempunyai pasaran tersendiri, malah setiap tahun, produk tersebut merekodkan hasil jualan antara RM4.5 hingga RM5 juta.

“Kami yakin, selain produk rintis yang telah berada dalam pasaran sejak tahun 20-an dibantu  12 produk lain termasuk set bersalin yang dijenamakan semula, peningkatan jualan antara RM500,000 hingga RM900,000 pada tahun ini dapat dicapai,” katanya kepada media ketika ditemui pada sambutan Ulang Tahun Ke-10 Syarikat Minyak Afiat dan Pembukaan Galeri Afiat di Kota Lama Kiri, minggu lalu. Turut berkenan merasmikan majlis berkenaan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Menurut Raof, pihaknya kini giat mempromosikan keluaran terbaharu syarikat iaitu set berpantang yang mengandungi sembilan item termasuk minyak bayi dan barut menerusi sistem ejen yang diperkenalkan.

Mengakui Minyak Afiat dan Minyak Panas Afiat adalah produk terlaris keluaran syarikatnya, Raof positif dalam pengeluaran Set Bersalin A’fiat yang kini muncul dengan rekaan terbaharu dengan corak lebih minimalis yang mampu menarik minat golongan ibu muda untuk membelinya selain kualiti produk yang terpelihara sehingga kini.

Ditanya mengenai perancangan Afiat sempena ulang tahun ke-100 syarikat berkenaan, Abdul Raof berkata, pihaknya merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa baharu selepas Singapura.

“Setakat ini, produk Afiat telah berada di pasaran Singapura sejak enam tahun lalu. Bagi pasaran negara itu, kita hanya bawa masuk minyak afiat dan minyak hangat.

“Perbincangan sedang dilakukan dengan wakil di sana (Vietnam) untuk kita bertapak di negara itu. Kita sasarkan produk Afiat akan menembusi pasaran negara itu dalam beberapa tahun lagi,” katanya yang merupakan generasi keempat dalam tempoh 100 tahun pembuatan minyak Afiat.

Dalam pada itu, tambahnya lagi, walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk produk keluarannya diplagiat beberapa syarikat, namun perkara itu tidak mematahkan semangat mereka dalam mengembangkan perniagaan, menambah baik mesin pengeluaran dan membantu masyarakat setempat dengan hasil perniagaan yang btelah dilakukan seabad lamanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Integrasi NeuroStream™ Pemangkin Bandar Pintar, Neurovia AI Lantik Rashed Aleghfeli Peneraju Operasi Timur Tengah

SYARIKAT gergasi penyedia teknologi automasi maklumat global, Robo.ai Inc. (NASDAQ: AIIO), secara rasminya mengumumkan pelantikan tokoh korporat terkemuka Emiriah...

More Articles Like This