Tunggu kami datang.., Perlis United sedia penuhi 4 syarat tambahan ke Liga Super

Dari Penulis

PERLIS United FC bersedia memenuhi empat syarat tambahan diminta Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam memastikan kelab utara tanah air itu mengisi slot pasukan ke-14 Liga Super 2024/25.

Malah presidennya, Shukri Othman, mengesahkan pihak pengurusan telah pun menerima surat keputusan permohonan Perlis United untuk menyertai saingan liga bola sepak tertinggi negara itu musim ini.

“Ya kami sudah pun menerima dokumen tersebut.

“Insya-Allah, kami bersedia memenuhi keempat syarat tersebut dalam tempoh yang diberikan MFL,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Ditanya apakah tunggakan yang direkodkan Perlis United sebelum ini juga menjadi keutamaan pengurusan untuk diselesaikan segera, Shukri berkata, “Sudah semestinya.”

MFL sebelum ini mengarahkan Perlis United supaya memenuhi syarat tambahan bagi melayakkan pasukan itu menerima lesen luar biasa, sekali gus mengisi slot pasukan ke-14 dalam saingan Liga Super 2024/25.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam, berkata keputusan itu selepas mendengar permohonan Perlis United menerusi cadangan First Instance Body (FIB) selepas selesai membuat semakan serta penilaian teliti dokumen berkaitan yang diserahkan Liga Bolasepak Amatur (AFL) M3.

Selain Perlis United, permohonan tersebut turut dikemukakan oleh kelab Imigresen FC, KL Rovers FC dan Harini Selangor FT bagi mengisi slot ke-14 selepas Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) menolak permohonan Lesen Kebangsaan Kelantan FC untuk bertanding dalam Liga Super musim ini.

“Setiap permohonan perlu melengkapkan kriteria dan subkriteria iaitu Infrastruktur, Kakitangan dan Pentadbiran, Sukan, Perundangan, Kewangan dan Perniagaan yang telah dinyatakan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023,” menurut kenyataan dikeluarkan MFL.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This