Aaron-Wooi Yik menang mudah untuk ke pusingan kedua Terbuka Perancis

Dari Penulis

BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menerima kemenangan mudah untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka Perancis 2024 hari ini. 

Beregu nombor lima dunia itu diberi kemenangan selesa selepas gandingan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel menarik diri ketika perlawanan terikat 12-12 di set pertama akibat kecederaan pada aksi di Arena Porte de la Chapelle di Paris.

Menanti Aaron-Wooi Yik adalah pasangan Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-Jen yang mara selepas menundukkan satu lagi beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, 21-19, 21-17.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara Tee Kai Wun-Man Wei Chong menjadi wakil pertama negara mara ke pusingan 16 selepas mudah menewaskan beregu Kanada Kevin Lee-Ty Alexander Lindeman, 21-16, 21-8 dalam pertarungan 25 minit.

Kai Wun-Wei Chong akan bertemu pilihan pertama kejohanan dari India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang melangkah ke pusingan seterusnya selepas menewaskan beregu profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, 21-13, 24-22.

Perseorangan wanita negara Goh Jin Wei pula terkandas seawal pusingan pertama selepas tewas kepada pemain nombor sembilan dunia dari China, Wang Zhiyi, 21-10, 21-14.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This