WALAUPUN ada pihak yang masih sinis dengan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang menghadapi masalah kewangan di akhir musim lepas dengan menyatakan skuad ini mungkin tidak akan bertanding dalam Liga Super kali ini tetapi keadaan sebaliknya berlaku.
Selepas mengumumkan melepaskan semua pemain importnya musim lepas dan menyenaraikan para pemain tempatan yang akan menyarung jersinya musim ini, KDA FC mula mengumumkan pemain import pertamanya hari ini iaitu pemain dari Uzbekistan, Sukhrob Nurulloev.
Pemain sayap berusia 26 tahun itu merupakan rekrut terbaru Kedah dibawah kendalian Nafuzi Zain yang baru sahaja diumumkan laman sosial rasmi KDA FC sebentar tadi.
Sukhrob hadir ke Darul Aman dengan kontrak selama setahun dan beliau juga pernah menyarung jersi kebangsaan Uzbekistan untuk skuad bawah 23 dan juga bawah 20 tahun.
“Selamat datang buat Sukhrob Nurulloev ke bumi Jelapang Padi. Pemain berumur 26 tahun berasal dari Quraqol, Uzbekistan ini diikat selama setahun bagi mengisi bahagian serangan sayap pasukan KDA FC musim ini.
“Beliau mampu beraksi sama ada kanan dan kiri, memberi sedikit kelebihan dalam mencatur taktikal perlawanan buat Nafuzi Zain. Pernah beraksi bersama skuad muda U20 dan U23 Uzbekistan, kelab asal Sukhrob adalah Nasaf FC,” umum KDA FC dalam satu hantaran di laman Instagram.
Kehadiran Sukhrob hampir pasti mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas pemain sayap Kedah, Manuel Hidalgo yang mengambil keputusan untuk meninggalkan Kedah dan berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pengalaman Sukhrob yang pernah beraksi di pentas tertinggi Asia iaitu Liga Juara-Juara AFC bersama Nasaf Qarshi juga menjadi aset utama pasukan Kedah mengharungi saingan getir Liga Malaysia musim baharu.
Untuk rekod, Sukhrob telah diturunkan dalam enam perlawanan bagi saingan Liga Juara-Juara AFC dengan merekodka dua jaringan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

