Senamrobik Komuniti beri manfaat besar pada masyarakat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROGRAM Senamrobik Komuniti yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sepanjang tahun ini disifatkan memberi manfaat besar kepada setiap lapisan masyarakat.

Penduduk Perumahan Awam Seri Selangor, Halimahtun Hassan berkata, program berkenaan sangat diperlukan terutama bagi penduduk di projek perumahan rakyat (PPR) yang tidak mempunyai akses besar kepada fasiliti sukan.

Pesara kerajaan berusia 65 tahun itu berkata, penganjuran Senamrobik Komuniti juga dapat menggalakkan gaya hidup sihat khususnya kepada warga emas.

Halimahtun Hassan,65.

“Program sebegini memang memberi manfaat besar buat komuniti di rumah pangsa.

“Justeru saya berharap masyarakat terutama warga emas dapat mengambil peluang untuk menjaga kesihatan kerana program ini pun disediakan percuma. Rugi jika kita tidak mengambil peluang ini.

“Insya-Allah, saya akan terus menyertai Senamrobik Komuniti ini kerana saya pun berminat untuk menjaga kecergasan,” katanya kepada UtusanTV.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh beramah mesra serta bergambar bersama para peserta ketika hadir ke Pelancaran Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: RM430,000 diperuntukkan bagi Senamrobik Komuniti di 43 lokasi

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Selangor, Zaini Samsuri berbesar hati apabila KBS memilih kawasan itu sebagai lokasi pelancaran pada hari ini.

Mengulas mengenai program tersebut di kawasannya, Zaini memberitahu Senamrobik Komuniti mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk.

Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Selangor, Zaini Samsuri.

Katanya, program itu menyaksikan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat daripada semua peringkat umur.

“Kita gembira apabila KBS memilih melancarkan program ini di kawasan perumahan kami kerana Perumahan Awam Seri Selangor adalah yang tertua di Kuala Lumpur.

“Setakat ini saya lihat peserta gembira dan mereka juga sanggup untuk mengeluarkan duit sendiri bagi membuat baju khas program ini,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) turut sama menyertai senamrobik bersama orang ramai ketika hadir ke Pelancaran Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh merasmikan majlis pelancaran Program Senamborbik Komuniti peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras, hari ini.

Senamrobik Komuniti merupakan platform bagi membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat di peringkat komuniti.

Program yang diadakan di 43 lokasi sekitar Kuala Lumpur secara percuma sepanjang tahun itu memberi tumpuan kepada penduduk di projek perumahan rakyat (PPR).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This