PEMUDA UMNO Malaysia menubuhkan pasukan petugas atau ‘task force’ aduan rakyat dalam usaha mendengar permasalahan sekali gus mengangkat isu berkenaan kepada kepimpinan kerajaan Perpaduan.
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pasukan petugas itu melibatkan Pemuda UMNO di semua negeri kecuali Sarawak dan mereka akan bergerak ke peringkat akar umbi dengan lebih aktif dan progresif.
“Kita akan pergi ke setiap pelosok dan kita nak dengar apa masalah isu nelayan dan juga mungkin pesawah dan sebagainya untuk kita angkat (kepada kerajaan)…kita nak bawa suara rakyat ini terus kepada pemimpin,” katanya.
Baca artikel lain: Siri jelajah PN bukan persiapan untuk PRK – Azmin
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar di Dewan Wawasan, Kampung Baru Panggas di Chuping hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Ruzaini Rais.
Justeru Muhamad Akmal meminta rakyat yang mempunyai perkara untuk disuarakan supaya menghubungi Pemuda UMNO di peringkat cawangan ataupun bahagian.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

