A. Aida ‘blacklist’ Ruhainies – “Saya berhak keluarkan nama dia”

Dari Penulis

Oleh: Muhammad Amir Aiman Rosli (Wartawan Pelatih UKM)

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menegaskan untuk tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan pelakon Ruhainies selepas kontroversi ditangkap berkhalwat bersama aktor Aliff Aziz, Sabtu lalu.

A. Aida atau nama sebenarnya Zaida Awang, 54, turut berkongsi hantaran rasa kecewanya di platform Instagram terhadap pelakon tersebut, walaupun sebelum ini pernah mendapat tempat istimewa dihatinya sebagai pelakon kesayangan.

“Artis yang seorang tu tiada orang lain ke nak mengurat. Maaf artis yang pernah menjadi kesayanganku, tidak akan ada peluang lagi untukmu,” ujarnya.

Difahamkan bahawa penggambaran telefilem Elham Untuk Nian sepatutnya bermula pada April depan yang turut membabitkan Ruhainies. 

Walau bagaimanapun, A. Aida bersama pasukan produksi bersetuju untuk mencari pelakon wanita lain yang akan menggantikan peranan utama dalam telefilem tersebut.

“Kita telah berbincang dan menetapkan tarikh, hanya tinggal tandatangan kontrak sahaja. 

“Walaupun sudah tandatangan, sebagai penerbit, saya berhak untuk mengeluarkan namanya jika perlu. Bagi saya, isu yang timbul ini sangat serius, dan dia perlu bersetuju bahawa namanya tidak lagi akan terlibat dalam telemovie itu nanti.

“Tidak hanya Ruhainies, mana-mana artis yang mencetuskan masalah akan disenaraikan dalam senarai hitam (blacklist) saya,” katanya.

A. Aida menyifatkan tindakan tersebut sebagai pengajaran untuk anak seni bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan kontroversi yang boleh merosakkan reputasi industri. 

Pada masa sama, A. Aida bertindakan demikian kerana ingin  mengekalkan hubungan baik dengan isteri Aliff yang juga pelakon Bella Astillah.

“Saya juga ingin menjaga hubungan baik dengan Bella. 

“Saya pun baik dengan Bella dan tidak elok jika terus mengambil Ruhainies berlakon kerana isu yang berlaku babitkan mereka,”ujarnya lagi.

Sejak Sabtu lalu, nama Ruhainies dan Aliff menjadi bualan hangat selpeas mereka ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat.

Meskipun demikian, Ruhainies dengan tegas menyatakan melalui kenyataan kepada media bahawa hubungannya dengan Aliff hanya sebagai kawan dan beberapa fakta yang tersebar luas di media sosial mengenai isu tersebut disifatkan tidak benar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This