Aaron Aziz ‘naik hantu’ tak tahan jadi mangsa kaki scam, buat laporan polis 4 akaun Instagram

Dari Penulis

oleh: Muhammad Amir Aiman Rosli (Wartawan Pelatih UKM)

PELAKON terkenal, Datuk Aaron Aziz, mengambil tindakan dengan membuat laporan polis berhubung empat individu yang didakwa mengambil kesempatan keatas dirinya dengan melakukan sindiket penipuan.

Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz,48, turut berkongsi video melalui laman Instagramnya, menjelaskan tindakan itu diambil kerana penipu tersebut menggunakan statusnya sebagai selebriti dengan niat untuk memperdaya orang lain.

“Assalammualaikum, kepada mereka yang telah membaca kiriman saya pagi tadi, saya telah membuat laporan polis. 

“Kepada keempat individu ini, tunggulah nasib kau. Dapatlah duit raya lebih tahun ini,” ujarnya.

Sementara itu, Aaron turut meluahkan rasa tidak puas hati disebabkan sebelum ini dia telah memberi peluang kepada individu tersebut dengan berdiam diri. Namun, pelaku tersebut masih meneruskan aktivitinya.

Dia menyifatkan perkara tersebut sebagai keterlaluan dan melampau sehingga memaksa dia perlu mengambil tindakan perundangan bagi membersihkan nama baiknya.

“Dulu kau buat aku diam bagi peluang untuk kau sedar. Hari ini kau buat lagi.

“Esok bulan Ramadan bulan baik. Tapi esok juga mula kau akan aku bagi kaw kaw. Jangan ambil kesempatan atas kebaikan aku,” katanya.

Namun begitu, pelakon filem Ombak Rindu itu tidak. memperincikan secara lanjut identiti semua individu terbabit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This