[VIDEO] Terpalit kontroversi panas tak halang Ruhainies lunaskan tuntutan kerja – “Tak perlu takut, berani kerana benar”

Dari Penulis

BIARPUN ketika ini dirinya di hambat kontroversi hangat namun ia sedikit pun tidak membuatkan pelakon Ruhainies hilang fokus untuk meneruskan kerja-kerja seni.

Kekal profesional, justeru Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas,32, dilihat sudah kembali terbabit dengan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur untuk sebuah festival jualan Aidilfitri.

Kata Ruhainies, dia tidak perlu berasa takut untuk keluar berhadapan dengan orang awam kerana tahu cerita sebenar apa yang berlaku. 

“Satu sebab kerja. Saya komited pada kerja. Lagipun saya di pihak yang benar…tak perlu takut.

“Berani kerana benar,” katanya.

Ruhainies berkata demikian menerusi video yang dikongsikan oleh usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman ketika sama-sama terbabit dalam rakaman bagi mempromosikan karnival jualan.

Menerusi video sama, Ruhainies sempat menegaskan tempoh masa tiga jam seperti yang dilaporan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) sebelum ini adalah tidak benar sama sekali.

“Tiga jam itu hanya tokok tambah,” ujarnya.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff Aziz dicekup berkhalwat oleh pihak penguatkuasa Jawi di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Sabtu lalu. 

Mereka dibebaskan dengan jaminan pada hari sama sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah dalam masa terdekat. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This