Khai Bahar pilihan Inteam untuk Rabiatul Adawiyah 2024

Dari Penulis

SELEPAS 23 tahun lagu Rabiatul Adawiyah dipopularkan oleh kumpulan Inteam, kini mereka memilih Khai Bahar untuk tampil bersama dalam pembikinan nyanyian semula lagu ini dengan judul Rabiatul Adawiyah 2024 (RA24)

“Kami pernah bekerjasama dengan Khai Bahar di dalam ‘remake’ lagu Setanggi Syurga sebelum ini pada 2020.

“Dan kami melihat kerjasama tersebut sangat serasi dan mendapat sambutan hangat daripada peminat serta suara Khai juga sesuai dengan lagu-lagu Inteam,” kata Syah apabila ditanya kenapa memilih Khai Bahar.

Apabila ditanya kepada Khai pula, mengapa bersetuju berkolaborasi dengan Inteam untuk lagu ini, ini jawapannya:

“Saya memang meminati lagu-lagu Inteam dan pernah menyanyikan lagu-lagu mereka secara ‘cover’ di media sosial. 

“Lebih istimewa lagi, lagu Rabiatul Adawiyah ini adalah di antara lagu yang sangat disukai oleh arwah ibu saya dan pastinya ia menggamit nostalgia yg indah,” jelasnya.

Untuk rekod, lagu Rabiatul Adawiyah pernah dimuatkan di dalam album Inteam berjudul Impian Kasih yang dilancarkan pada 2001. 

Lagu ciptaan Munif Ahmad dari Kumpulan Hijjaz dan lirik oleh Abdul Kahar ini mengisahkan tentang serikandi sufi bernama Rabiatul Adawiyah.

“Lagu ini sangat bermakna untuk dihayati lebih-lebih lagi dengan ketibaan Ramadan kerana ia menceritakan kisah perjalanan seorang hamba Allah iaitu serikandi yang mencari Tuhannya dan akhirnya hanya meletakkan cinta Allah di dalam hatinya mengatasi segala-galanya,” jelas Hazamin menceritakan tentang maksud lagu ini.

Susunan muzik oleh Chaan kali ini lebih segar dan mengikut arus semasa namun tidak sesekali menghilangkan keaslian dan penghayatan asal lagu ini. 

Durasi lagu juga dipendekkan sedikit dengan sebahagian besar lagu dinyanyikan Khai dan sebahagian lagi oleh Inteam sendiri.

Apabila ditanya mengapa sering menghasilkan lagu lama nyanyian semula dan tidak lagu baru, Hisyam menjawab:

“Sebenarnya sejak sebelum pandemik, kami telah menghasilkan lebih 10 lagu baru seperti Labbaikallah, Love of God, I Love Muhammad, Sollu Alan Nabi, Gapura, Selimut Kasih dan lain-lain.

“Cuma sudah menjadi kebiasaan bagi kami menjelang Ramadan untuk menyanyikan semula lagu lama dan berduet dengan artis arus perdana. 

“Ini kerana lagu-lagu lama ini ada unsur nostalgia dan kami cuba memperkenalkan semula lagu-lagu berkualiti terdahulu kepada generasi sekarang yang mungkin masih belum dilahirkan ketika lagu ini dilancarkan dahulu,” jelasnya.

Lagu Rabiatul Adawiyah 2024 dilancarkan pada 8 Mac lalu dan kini sudah pun berada di seluruh platform digital seperti Spotify, Deezer, Apple music, Kkbox termasuk rangkaian Youtube Inteam Digital.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Briar Resources Jamin Hak 200,000 Pekebun Kecil Terpelihara Susulan Pertikaian Kontrak

PEMEGANG lesen eksklusif bagi formulasi baja Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Briar Resources Sdn Bhd (Briar Resources) telah mengambil...

More Articles Like This