Rasa macam masakan mak-mak, sedapnya berbuka dengan makan berhidang lauk Negeri Sembilan di Kampung Lah

Dari Penulis

Nak berbuka dengan air tangan ibunda di kampung, namun apakan daya jauh di perantauan. Ubati kerinduan dengan sajian menu Ramadan Kampung Lah, Iftar Citarasa Kampung Lah di G2G by MTG Garden Hall, Seri Kembangan.

Membawa tema kampung halaman ke bandar, pengunjung bakal disajikan dengan hampir 100 hidangan Melayu asli resipi turun temurun Negeri Sembilan.

Menurut pemilik Kampung Lah, Fairuz Idwan, pengunjung Kampung Lah bakal merasai pengalaman berbeza seolah-olah berada di kampung dengan pelbagai aktiviti termasuk makan berhidang, alunan lagu-lagu Melayu Asli sekali gus mengimbau kenangan lama mengusik kalbu.

“Keistimewaan kita sudah pastilah masakan salai lemak cili api citarasa asli, resipi tradisi Negeri Sembilan. Istimewanya adalah kita salai sendiri menggunakan tempurung kelapa. Cara asli turun temurun.

“Kami bangga dengan masakan lemak kami selain hampir 100 juadah lain yang bakal memberi nuansa Melayu asli kepada pengunjung. Bayangkan duduk bersama keluarga dan sahabat handai, bergurau senda dan menikmati hidangan dahulu kala.

“Ada juga ulam-ulaman dan kuih-kuih tradisional yang dihidangkan untuk memastikan setiap pengunjung dapat merasai konsep Iftar Citarasa Kampung-Lah yang kami sajikan kepada semua,” ujarnya.

Mendapat sentuhan cef popular dan juga pemilik bersama, Chef Ibnu yang terkenal dengan masakan kampung asli, Kampung Lah turut menyediakan hidangan kambing golek yang berbeza daripada destinasi berbuka lain.

“Di Kampung Lah, proses penyediaan kambing golek berbeza. Kami menggunakan teknik salai sebelum menggoleknya untuk memberi aroma dan rasa berbeza dalam setiap suapan. Kami menggunakan tempurung kelapa disamping perapan istimewa.

“Malah, kelainan yang kami tampilkan adalah kambing golek akan sentiasa bergolek di atas pemanggang sehingga tamat sesi iftar. Apabila kambing golek pertama habis, kami akan terus menggolek yang baharu,” katanya yang turut menyediakan hidangan Mee Sotong Hj Tamin yang popular di Johor.

Untuk info, Iftar Citarasa Kampung-Lah akan membuka tirai hidangan pada 15 Mac sehingga 5 April 2024 dengan tawaran harga mampu milik bermula RM98 (early bird) dan RM109 untuk pengunjung. Selain itu, tawaran potongan 50 peratus turut diberikan kepada kanak-kanak dan warga emas. Kampung Lah mula beroperasi pada 2022 dan mempunyai tiga cawangan di Kota Damasara, Summit USJ dan Serdang (Kampong Salai).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gen Z tidak miskin pendapatan tetapi bergelut dalam realiti kehidupan

Felo Penyelidik Pasca Doktoral di Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya, Dr. Nik Zirwatul Fatihah. Pensyarah Kanan di...

More Articles Like This