PELAKON, Juliana Farhana, hampir terminum jus oren pada hari pertama berpuasa disebabkan rasa dahaga yang melampau selepas sibuk mengemas rumahnya.
Walau bagaimanapun, pelakon drama Salon tersebut bersyukur kerana menyedari sedang berpuasa di bulan Ramadan.
“Saya hampir minum jus oren pada hari pertama Ramadan. Nasib baik tak batal puasa.
“Khusyuk kemas rumah, haus, automatik cari jus oren.
“Tapi otak saya tiba-tiba kata “sekejap”. Hari ini lain berbanding hari-hari biasa, seluruh tubuh saya kecuali hati menolak jus oren. Tunggu! Puasa…,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story.
Sekadar info, Juliana Farhana atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Che Muhammad Hafiz pada Disember 2022 .
Tahun ini merupakan tahun kedua mereka berpuasa sebagai pasangan hidup.

