SONY Pictures secara rasmi telah mengumumkan tajuk bagi filem ketiga dalam siri Venom iaitu Venom: The Last Dance.
Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada 25 Oktober depan, dua minggu lebih awal daripada tarikh asal pengumumannya.
Tom Hardy akan kembali memainkan watak utama sebagai Eddie Brock atau Venom, bersama Juno Temple, Chiwetel Ejiofor dan Clark Backo yang turut menyertai dalam pelbagai watak menarik.
Pengarah filem, Kelly Marcel, bekerjasama dengan Hardy dalam penulisan skrip sementara Avi Arad, Matt Tolmach, Amy Pascal, Hutch Parker, Marcel, dan Hardy sendiri berperanan sebagai produser.
Filem pertama Venom yang dilancarkan pada 2018 dan kesinambungan bagi filem Let There Be Carnage yang diterbitkan pada 2021 telah berjaya meraih keuntungan sebanyak RM6 bilion ( $1.3 bilion) di pawagam.
Keputusan untuk meneruskan filem ketiga telah di umumkan pertama kali oleh Sony dalam persembahan CinemaCon pada April 2022.
Filem ini akan menjadi penampilan pertama Venom selepas kemunculan dalam adegan kredit Spider-Man: No Way Home pada 2021.
Walaupun penggambaran filem terhenti seketika akibat mogok SAG-AFTRA tahun lalu, tetapi proses penghasilan telah dilanjutkan pada akhir November.
Venom: The Last Dance dijadualkan akan ditayangkan dalam format yang premium dan IMAX yang bakal menyajikan pengalaman sinematik menarik dan mengagumkan buat peminat filem adiwira.

