Petronas Lubricants International dan Grab Malaysia rai rider wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024

Dari Penulis

PETRONAS Lubricants International (PLI) dan Grab Malaysia telah berganding bahu untuk meraikan rakan penghantaran daripada golongan wanita sempena meraikan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini.

Lebih 200 pakej penjagaan yang mengandungi PETRONAS Sprinta (1L) dan barangan eksklusif lain daripada PETRONAS dan Grab telah diagihkan sebagai tanda penghargaan kepada para rakan penghantaran wanita di stesen-stesen PETRONAS yang terpilih di sekitar Lembah Klang, iaitu PETRONAS Jalan Kolam Ayer, Ampang; PETRONAS Lingkaran Karak, Gombak; dan PETRONAS USJ 20, Subang Jaya. Selain itu, mereka juga disediakan khidmat pemeriksaan teknikal asas percuma untuk motosikal masing-masing.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Hezlinn Idris, berkata mereka mahu menghargai rakan penghantaran wanita sempena hari Istimewa itu.

“Tema Hari Wanita Antarabangsa 2024 ialah ‘Inspirasikan Keterangkuman’ dan kami di PETRONAS Lubricants International mahu menghargai dan mengiktiraf para wanita yang berani mengatasi cabaran dan berusaha untuk maju ke hadapan. Memandangkan rakan penghantaran ini sentiasa berdepan dengan keadaan jalan raya dalam penghantaran harian mereka, kami berharap dapat menjalin hubungan yang bermakna dengan para juara yang tidak didendang ini dengan menyediakan penyelesaian pelincir yang terbaik.

“Kerjasama dengan Grab ini membuktikan usaha PETRONAS Lubricants untuk memperkasakan wanita menerusi tawaran produk kami untuk penunggang dari setiap lapisan masyarakat. Pakar pembangunan produk kami di Pusat Penyelidikan & Teknologi (R&T) PETRONAS Global di Itali mereka bentuk bendalir PETRONAS Sprinta untuk memberikan perlindungan dan prestasi cemerlang, yang diaktifkan serta-merta untuk membantu penunggang mengatasi cabaran dan ujian yang mungkin dihadapi dalam perjalanan harian mereka. Kami harap penawaran kami akan menggalakkan mereka untuk menentukan laluan sendiri dan mengikuti jalan yang benar-benar menunjukkan diri mereka yang sebenar,” kata Hezlinn.

Memandangkan lebih ramai wanita yang menyertai profesion tradisional yang dikuasai lelaki, ciri kebolehcapaian dan keselamatan yang ditawarkan oleh aplikasi seperti Grab memudahkan pemerkasaan ekonomi wanita.

Grab mengutamakan keselamatan untuk rakan penghantaran dan pelanggan melalui pelbagai ciri termasuk pengesahan selamat untuk semua pengguna, komunikasi selamat dalam aplikasi dan makluman pemantauan perjalanan berasaskan GPS untuk memberitahu pemandu dan penunggang tentang potensi bahaya.

Pusat Keselamatan menyediakan sumber untuk keselamatan pemandu dan penumpang, manakala ciri maklum balas membolehkan pengguna berkongsi pengalaman mereka dan menyumbang kepada penambahbaikan yang berterusan. Langkah-langkah ini memastikan pengalaman pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai untuk semua orang yang terlibat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gen Z tidak miskin pendapatan tetapi bergelut dalam realiti kehidupan

Felo Penyelidik Pasca Doktoral di Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya, Dr. Nik Zirwatul Fatihah. Pensyarah Kanan di...

More Articles Like This