Ifa Raziah hormat keputusan Ruhainies tarik diri, harap henti gerakan boikot festival jualan Starvendors

Dari Penulis

SELEBRITI versatil Ifa Raziah akur dengan keputusan penarikan diri pelakon Ruhainies daripada menyertai festival jualan Starvendors KLCC Mega Raya Fest yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April ini.

Ifa selaku penganjur acara berkenaan tidak berhasrat untuk memanjangkan isu berhubung kontroversi yang membabitkan Ruhainies ketika ini.

“Rentetan kemelut yang melanda diantara dua keluarga Starvendors, kami sentiasa mendengar keluhan daripada semua pihak.

“Dan kami juga tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini. Kami akur dengan dan hormati keputusan Ruhainies untuk menarik diri dari menyertai acara di KLCC pada kali ini,” katanya.

Malah, Ifa turut berharap agar orang ramai tidak memboikot acara tersebut kerana akan menyebabkan ramai peniaga terjejas.

“Diharap dengan keputusan itu, semua pihak berpuas hati dan seterusnya menghentikan gerakan memboikot Starvendors Mega Raya Fest 2024.

“Matlamat dan usaha kami adalah untuk membantu usahawan dan artis serta memberi peluang kepada semua untuk mencari rezeki di bulan Ramadan.

“Walaupun tidak mahu perniagaan usahawan terjejas, kami tetap ingin menjaga hati dan perasaan semua pihak. Kami harap semua permasalahan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin,” ujar Ifa menerusi hantaran di Instagram Storynya sebentar tadi.

Terdahulu, Ifa atau Saripah Raziah Mustapha,49, memaklumkan Ruhainies menarik diri sebagai salah seorang artis yang terlibat berniaga di karnival tersebut kerana enggan menjejaskan perniagaan orang lain.

“Ruhainies beritahu saya yang dia tarik diri. Dia dah lama fikir kerana tidak mahu perniagaan orang lain terjejas,” katanya.

Difahamkan, Ruhainies bertindak demikian susulan kontroversi tangkap khalwat yang melibatkan dirinya dan pelakon Aliff Aziz.

Justeru, Ifa turut terkena tempias kecaman netizen selepas mempromosikan acara terbabit di media sosial yang melibatkan Ruhainies.

Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan Aliff ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) di sebuah kondominium mewah atas tuduhan khalwat.

Susulan kejadian itu, isteri Aliff iaitu Bella 

Astillah memfailkan cerai terhadap aktor itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan secara ekspres pada Isnin lalu.

Kes berkenaan yang disebut Rabu lalu telah ditangguhkan pada 4 April depan selepas Aliff tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran di Johor. Bahru.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This