Umisya reda hidup bermadu, tiada hasrat untuk berpisah – “Saya dah berdamai dengan takdir”

Dari Penulis

BIARPUN pahit untuk ditelan namun sebagai wanita, Misya Mazlan,25, reda  menerima dugaan dan takdirnya selepas dimadukan.

Misya atau Umisya turut menegaskan dia dan Ahmad Aslam tidak pernah berhasrat bercerai biarpun selepas suaminya itu telah bernikah dengan anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand.

“Sekarang ini saya dah berdamai dengan takdir dan jauh sekali saya dalam proses penceraian.

“Saya dah menerima semua yang terjadi ni, biasalah hubungan rumah tangga ada naik turun, ada macam-macam ujian yang datang.

“Nak pula bila berpoligami lagi macam-macam dugaan,” katanya menerusi TikTok Becrushcosmetics.co.

Pada masa sama, dia kini sudah dapat menerima perlu berkongsi kasih dengan wanita lain.

“Apa yang saya buat sekarang saya reda dan terima dengan ujian yang datang.

“Jadi bercerai ke apa tiada lagi setakat ini. Doakan yang baik-baik untuk Misya sebab ini ujian buat kami bertiga,” ujarnya.

Sementara itu, Abby mengesahkan anak perempuannya iaitu Marissa sudah sah bernikah dengan Aslam di Thailand.

Pada masa sama, Abby berharap anak keduanya itu segera mendaftar perkahwinan mereka mengikut undang-undang Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This