Mahu martabat industri kosmetik Malaysia, Dr Cute labur RM30 juta terokai bidang kejuruteraan sel stem tisu

Dari Penulis

Berhasrat menjadi pelopor dalam industri kecantikan dan teknologi perubatan di Malaysia, syarikat produk kecantikan kulit tempatan, Dr Cute International akan melabur sebanyak RM30 juta bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang kejuruteraan sel stem tisu dalam usaha memartabat industri kosmetik di negara ini.

Pengasasnya, Dr Abdullah Alias atau lebih dikenali sebagai Dr Cute berkata, RM30 juta akan dilaburkan dalam tempoh tiga tahun dan melibatkan kerjasama dengan Cell Tissue Technology iaitu firma kejuruteraan tisu pertama yang ditubuhkan pada tahun di Malaysia oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Harapan saya mahu meningkatkan industri kecantikan Malaysia setaraf dengan dengan maju dan tidak mahu lagi produk tempatan dipandang rendah. Malah, dengan kerjasama ini saya mahu mengembangkan, meningkatkan dan memperkasakan kejuruteraan dan perubatan regeneratif.

“Saya mahu hentikan skeptikal pengguna terhadap produk tempatan yang dianggap ‘low class’, yang mungkin selama ini banyak dibayangi produk yang mengandungi merkuri dan tidak selamat digunakan. Dan atas dasar itu, Dr Cute sentiasa berinovasi untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang premium dan mampu dimiliki oleh setiap orang.

“Sebab itu saya banyak menggunakan platform media sosial untuk memberi kesedaran akan bahaya merkuri kepada tubuh badan dan Alhamdulillah sudah ramai yang sedar dan beralih kepada produk kecantikan yang lebih selamat,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di sini baru-baru ini.

Terus komited meningkatkan kualiti produk, jelas Dr Abdullah, barisan produk Dr Cute International menjalani prosedur klinikal yang ketat.

“Justeru pengalaman 15 tahun sebagai doktor sebelum ini, menjadi tanggungjawab saya dan Khairul Idzwan untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat agar tidak mengagungkan produk antarabangsa kerana jenama produk tempatan kini mampu setanding dengan mereka,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Cell Tissue Technology, Dr Khairul Idzwan Baharin, kerjasama antara dua pihak itu dijangka akan membuka ruang kepada lebih banyak penemuan baharu yang akan membawa industri kecantikan ke tahap yang lebih tinggi.

“Kami berharap menerusi kolaborasi penyelidikan strategik ini dapat mengkaji dan menghasilkan penemuaan terbaru mengenai kesihatan kulit sekaligus membantu pengguna menjaga dan mengekalkan kesihatan kulit dengan lebih berkesan.

“Sasaran kami agar pembangunan kejuruteraan sel stem tisu ini memberi manfaatnya dapat disebarkan ke pasaran lebih besar,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This