Seloka D’Maya di Hotel Maya KL gabung lebih 100 menu mewah dan ala kampung

Dari Penulis

Bagai tidak sempurna berbuka puasa andai tidak disajikan dengan hidangan lauk pauk kampung, lagi menyelerakan andai digabungkan dengan menu ala barat.

Sepanjang bulan Ramadan ini, Hotel Maya Kuala Lumpur menerusi Ballroom Hotel menawarkan bufet berbuka Ramadan dengan konsep ‘Seloka D’Maya’ yang menyajikan hidangan mewah ala kampung sebagai hidangan utama bagi umat Islam beriftar.

Lebih 100 menu terhidang daripada masakan tradisional Melayu sehingga hidangan versi barat yang digabungkan bersama menu kontemporari lain antaranya nasi beriani ayam, nasi tomato, kambing masak kurma dan daging asam pedas, rendang ayam, sambal bilis, gulai ketam nenas dan banyak lagi.

Selain itu, menu barat turut disediakan antaranya aglio olia, carbonara, salad dan kambing panggang ditambah pelbagai jenis kuih muih melayu termasuk pemanis mulut yang lain.

Menawarkan harga yang cukup berbaloi, harga bufet Ballroom Hotel Maya KL bermula dari RM79 untuk kanak-kanak berusia 5 tahun hingga 12 tahun, RM109 bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas dan RM147 pula untuk pelanggan dewasa.

Untuk tempahan, hubungi talian 011-11307116 atau www.hotelmaya.com.my


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This