Lepas 8 tahun, Loca B lega & gembira anak dapat status warganegara Malaysia

Dari Penulis

SELEPAS penantian selama lapan tahun, penyanyi rap Loca B meluahkan rasa gembira apabila anak sulungnya, Yusuf Alexander akhirnya berjaya mendapatkan status kewarganegaraan. 

Menerusi hantaran di TikTok, Loca B atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali,32,  menyatakan bahawa telah menerima panggilan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyampaikan berita gembira tersebut. 

“Saya pernah berkongsi pengalaman yang mencabar dalam usaha mendapatkan kewarganegaraan untuk anak saya, Yusuf.

“Sekarang, saya ingin berkongsi bahawa saya telah mendapat panggilan dari JPN. Yusuf akan menjadi warganegara Malaysia.

“Terima kasih semua yang telah membantu saya dalam perjalanan ini,” katanya. 

Menyifatkan berita tersebut sebagai satu rahmat sempena bulan Ramadan tahun ini, Loca B bersyukur usahanya selama ini akhirnya memberikan kebahagiaan mereka sekeluarga .

“Alhamdullilah untuk Ramadan kali ini,” ujarnya. 

Sebelum ini, pada 2021, penyanyi tersebut pernah meluahkan rasa kecewa apabila Yusuf masih tidak mendapat status kewarganegaraan.  

Loca menyatakan kebimbangan terhadap masa depan anaknya di negara ini, terutama kerana usaha mendapatkan hak kewarganegaraan telah tertangguh selama dua tahun disebabkan pandemik Covid-19.

“Seharusnya, Yusuf diberikan hak kewarganegaraannya sejak lahir. Tak sepatutnya dia mengalami kesukaran untuk tinggal bersama saya di negara ini.

“Waktu dia masih bayi, saya patut punya hak untuk pindahkan saya punya kewarganegaraan kepada anak saya,” jelasnya sebelum ini di platform Instagram miliknya. 

Yusuf,8, merupakan anak sulung Loca B hasil perkahwinan terdahulu dan dilahirkan di United Kingdom, London.

Loca B kemudian berkahwin dengan ahli kumpulan K-Clique, Muhd. Azree Shah Awang Zamree (Tuju) pada Mac 2020 dan dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Bintang Aiko.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This