PELAKON, Abby Abadi meluahkan perasaan rindu terhadap anak perempuannya, Marissa Dania Hakim menerusi hantaran di Instagram selepas cubaan menghubungi anak keduanya gagal.
Abby, atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, turut menyatakan kebimbangannya terhadap Marissa selepas tidak dapat berkomunikasi menerusi panggilan telefon.
Dalam pada itu, Abby juga meminta Marissa untuk pulang kerana ingin mengajaknya makan bersama.
“Adik sayang, buat apa tu? Adik okay tak? Kenapa Mama mesej tidak balas?
“Mama nak ajak makan, nak masak spaghetti untuk adik, bila nak balik?,” tulisnya.

Sebelum ini, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand dengan seorang lelaki bernama Ahmad Aslam, yang juga merupakan suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan pada 27 Disember tahun lalu.
Walau bagaimanapun, khabar angin tersebut telah disahkan oleh Abby pada 16 Mac lalu dan hubungan mereka kini dilihat semakin baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Abby agar tidak terlalu risau. Malah, ada yang menyatakan kemungkinan Marissa sibuk dan akan membalas mesejnya nanti.
“Anak sibuk tu, mama pergi la rumah adik lepak.
“Mama jangan risau nanti adik balas dan telefon mama ya.
“Nanti adik balas, mama sabar ya,” komen netizen.

