Doa termakbul, Elfira Loy ikut jejak Wany Hasrita tunai haji

Dari Penulis

AKTRES Elfira Loy sebak selepas doanya untuk mengikut jejak penyanyi Wany Hasrita yang mendapat jemputan Kementerian Media Arab Saudi menunaikan haji termakbul.

Menurut Elfira, atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, peluang yang diberikan kepada Wany itu menjadikan dia turut inginkan tawaran yang sama.

“Sebab dulu pernah nampak Wany mendapat tawaran yang sama dan saya doa pada Allah.

“Ya Allah kalau nak jemput, saya nak jemputan yang macam Wany. Dan Alhamdulillah, jemputan yang sama dapat pergi haji dengan mak,” katanya ketika ditemui URTV di Jeddah.

Di samping itu, Elfira meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang melaksanakan Rukun Islam kelima pada usia muda.

“Allah lebih mengetahui, Dia tahu hamba yang mana nak dijemput.

“Bila Allah sudah jemput, doalah minta ampun banyak-banyak dan jangan fikir soal bersedia atau tidak. Kerana sampai bila-bila kita akan rasa seperti tak bersedia,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon drama Di Sebalik Kasyaf itu turut mengungkapkan perasaan lega meninggalkan dua anaknya di tanah air berikutan mempunyai sistem sokongan yang baik. 

Walaupun begitu, dia pada mulanya sedikit keberatan untuk meninggalkan keluarga memandangkan anak keduanya iaitu Nur Aria Mikayla masih menyusu badan.

akui agak keberatan meninggalkan anak-anaknya iaitu Muhamad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla tambahan pula dia masih menyusu badan kepada anak keduanya, Aria. 

“Saya rasa saya memang sangat bersyukur lah, suami saya pun okay dan dia terus cakap, pergilah, mungkin ini yang terbaik. 

“Jadi saya pun rasa sangat lega untuk meninggalkan anak-anak dan keluarga kepada suami saya,” ujarnya.

Elfira selamat tiba di Makkah untuk menjalankan ibadah haji setelah diundang oleh Kementerian Media Arab Saudi.

Selain Nur Aria Mikayla, Elfira turut memiliki seorang lagi anak iaitu Muhammad Rayyan Khalaf hasil perkahwinan dengan Muhd Faris Khairol Anuar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This