Hon Jian-Haikal ungguli Orleans Masters 2024, tewaskan pasangan dari Indonesia

Dari Penulis

BEREGU lelaki muda negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri merangkul gelaran pertama musim ini pada kejohanan badminton Orleans Masters 2024  di Perancis, malam tadi.

Hon Jian-Haikal selaku pilihan keempat menewaskan pilihan keenam dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-15, 18-21, 21-14 dalam aksi final selama 54 minit di Palais des sports, Orleans.

Beregu negara yang menghuni ranking ke-40 dunia  dan mula digandingkan pada Ogos tahun lalu membawa pulang hadiah wang tunai AS$16,590 (RM78,048) manakala beregu Indonesia itu menerima AS$7,980 (RM37,542) pada kejohanan berstatus Super 300.

Kejayaan tersebut menyaksikaan Hon Jian-Haikal meraih gelaran ketiga dalam siri Jelajah Dunia selepas meraih kemenangan di pentas final Cabaran Antarabangsa Syed Modi India berstatus Super 300 pada November sebelum menutup tirai 2023 dengan satu lagi kejayaan di Masters Guwahati (Super 100) Disember lalu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This