Badminton All England : Aaron-Soh gagal tamat kemarau 17 tahun

Dari Penulis

PASANGAN beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi gagal menamatkan kemarau 17 tahun bagi acara di kejohanan All England apabila tewas di perlawanan akhir malam ini.

 Mereka tewas 16-21, 16-21 kepada juara bertahan dari  Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto

dalam masa 44 minit.

 Indonesia turut menguasai acara perseorangan apabila Jonatan Christie menewaskan rakan senegaranya, Anthony Sinisuka Ginting  21-15, 21-14.

 Bagi acara perseorangan wanita, pemain Denmark yang merupakan pilihan kelima, Carolina Martin menewaskan pemain nombor 4 dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi yang menarik diri pada set kedua ketika ketinggalan 1-11 kerana kecederaan.  Pada set pertama Yamaguchi tewas 24-26. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This