Ibu Aliff Aziz dah ‘unfollow’ Instagram Bella Astillah, netizen minta berhenti berpihak pada anak

Dari Penulis

IBU kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil didakwa sudah tidak mengikuti akaun (unfollow) Instagram menantunya, Bella Astillah.

Walau bagaimanapun, menerusi pemerhatian URTV di Instagram Bella, dia masih mengikuti akaun ibu mentuanya itu.

Hantaran Hafiza atau Fiza beberapa hari lalu, dia berkongsi potongan kata-kata hikmah berbunyi:

“Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat. Hanya saja Allah sedang menutupi aibku,” kongsinya.

Pada masa sama, Fiza turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada anak perempuannya iaitu penyanyi Aisyah Aziz atas doa serta sokongan yang diberikan.

“Terima kasih anak perempuan kesayangan saya, Aisyah atas pandangan tentang kehidupan, kebaikan dan doa untuk orang lain walaupun berada di fasa terindah dalam hidup.

“Moga Allah permudahkan perjalanan rohani kamu. Semoga Allah berkati kamu dengan rahmat hingga jannah,” luahnya.

Menerusi ruangan komen, segelintir netizen meminta Fiza untuk tidak menyebelahi anaknya yang terang-terangan bersalah.

Malah, ada juga pengikutnya yang mendakwa Fiza seolah-olah meletakkan kesalahan tersebut terhadap Bella atas semua yang berlaku sebelum ini.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. 

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This