Shuib sebak kongsi hasrat nak ‘jumpa’ arwah Siti Sarah dalam mimpi jadi kenyataan – “Dia senyum tengok saya tapi tak cakap”

Dari Penulis

IMPIAN pelawak, Shuib yang sebelum ini ingin ‘bertemu’ dengan arwah isterinya iaitu Siti Sarah Raissuddin akhirnya menjadi kenyataan biarpun hanya dalam mimpi.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, memberitahu dia bermimpi berada di sebuah pulau dan mahu menghubungi arwah kerana sudah menjadi kelaziman ketika hayatnya masih ada.

“Saya mimpi saya pergi pulau…macam kem. Saya buka beg untuk cari telefon sebab macam kebiasaan sebelum ini kalau saya pergi mana-mana, lepas habis kerja saya akan hubungi Sarah.

“Masa saya buka beg cari telefon dalam hati kata hubungi Sarah. Saya cari telefon dan ada tiga jadi saya terfikir mana satu telefon yang ada nombor Sarah.

“Saya ambil satu telefon berwarna hitam dan saya buka untuk saya cari nama Sarah sebab saya simpan nama dia ‘ibu sayang’. Saya cari dan saya jumpa nombor itu tapi bila hubungi tak berangkat,” kongsi Shuib di Instagram Story.

Jelas Shuib, dia ada berkongsi tentang mimpinya itu kepada isterinya, Watie selepas terjaga dari tidur.

Dalam pada itu, Shuib tidak sangka apabila diberikan kesempatan kali kedua untuk bermimpikan arwah Sarah ketika dia sedang tidur pada awal pagi tadi.

Menurut Shuib, arwah Sarah hadir dalam mimpinya dengan memakai pakaian berwarna putih dan tersenyum melihatnya.

Shuib turut berkongsi lagu Tanpa Kekasihku nyanyian Sarah di Youtube dan mengambarkan arwah berpakaian seperti di dalam rakaman video tersebut.

“Sahur pagi tadi agak sedih pada saya. Memang saya selalu nak mimpi Sarah kan. Saya dah banyak kali dalam mimpi nak hubungi dia tak dapat-dapat.

“Selepas anak-anak sudah ke sekolah saya terlelap, saya sambung mimpi rupanya. Dalam mimpi itu saya pegang iPad sebab itu memang milik dia.

“Tiba-tiba dekat iPad itu keluar nama dia… “ibu sayang”. Dalam masa yang sama ada keluar satu gambaran yang dia sedang senyum pada saya. 

“Sebelum angkat panggilan ada gambar dia sedang senyum dan pakaiannya lebih kurang seperti ini (bertelekung).

“Jadi saya nak angkat panggilan itu tapi tak boleh angkat sebab itu berhenti di situ. 

“Dia senyum tengok saya tapi tak bercakap. Saya dah banyak kali mimpi tapi dia takkan angkat panggilan saya,” katanya.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu.

Itu merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This