Hidap kanser, Vidi Aldiano dedah pernah ikut fahaman agnostik sebelum…

Dari Penulis

PENYANYI terkenal Indonesia, Vidi Aldiano, telah mengungkapkan bahawa ketika melanjutkan pelajaran di luar negara dan dibesarkan sebagai seorang Muslim, ia pernah mengalami ketidakpastian tentang kepercayaannya terhadap Tuhan.

Oxavia Aldiano, atau lebih dikenali sebagai Vidi Aldiano, 33, baru-baru ini mendedahkan perjalanannya menjadi agnostik semasa ditemuramah dalam sebuah podcast di saluran YouTube berjudul LogIn, yang dipandu oleh Habib Ja’far dan Onadio Leonardo pada 16 Mac yang lalu, sebelum akhirnya kembali ke jalan yang benar.

Menurut Vidi ketika menuntut ijazah sarjana di England, Vidi Aldiano berjumpa dengan individu dari pelbagai kepercayaan. Ini menimbulkan rasa ingin tahu baginya terhadap alasan di sebalik pilihan kepercayaan mereka. Dari situ, dirinya mula mempelajari agama melalui buku-buku dan akhirnya menjadi agnostik.

“Semakin memahami sejarah agama masing-masing, terutama Islam. Rasanya aku semakin jauh, mungkin kerana pengetahuan yang semakin bertambah tetapi tidak mampu menyentuh hatiku.

“Hingga pada akhirnya, untuk waktu yang sangat lama, rasanya aku belum pernah mengungkapkan ini, aku menjadi agnostik,” ujarnya.

Tambahnya lagi, walaupun memiliki segalanya dan merasa puas dengan kenikmatan dunia ini, namun kegembiraan yang diinginkan tidak dirasakan terhadap situasi yang dihadapinya ini.

“Seolah-olah memiliki segalanya, merasa puas dengan dunia. Tetapi, aku merasa tidak bahagia sama sekali,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, menurutnya lagi, ramai yang keliru bahawa penyanyi tersebut baru saja memeluk Islam walaupun hakikatnya ia telah menjadi seorang Muslim sejak sekian lama. Namun begitu, pada tahun 2019, Vidi mulai yakin untuk mendekatkan diri dengan ajaran agama secara sungguh-sungguh.

“Banyak yang mengira aku baru saja masuk Islam, tahu Bib?.

“Tidak begitu maksudnya, aku baru sahaja mulai memperhatikan Tuhan, tapi benar-benar meresapinya sekitar tahun 2019,” katanya.

Dalam pada itu, Vidi turut pernah menganggap agama pada awalnya seperti sebuah transaksi, di mana tidak ada ruang kepercayaan sepenuhnya. Hal ini kerana ia dipengaruhi oleh pengalamannya di sekolah Islam yang menekankan pada aspek teknikal dan ganjaran serta hukuman dalam mengamalkan ajaran agama.

“Mengingatkan aku tiada ruang untuk percaya sepenuhnya. Sejak kecil aku belajar di sekolah Islam, jadi rasanya hanya diajari teknik-teknik dan diberi tahu tentang ganjaran dan hukuman dalam agama ini, begitu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, ia merasakan bahwa pemahaman yang diterimanya sejak kecil dapat menimbulkan rasa ketakutan, kerana hanya takut dihukum dengan dimasukkan ke dalam neraka disamping bakal dimarahi oleh kedua ibu bapanya yang berpegang teguh dengan ajaran islam.

“Sama seperti rasa takut tak menunaikan solat, kerana boleh masuk neraka, ditambah lagi akan dimarahi oleh ibu bapa saya.

“Ibuku, agamanya cukup ketat. Sejak kecil, kalau dibangunkan untuk solat Subuh, pasti akan dibangunkan oleh Mama. Bukan atas keinginan sendiri. Tidak sama sekali.

“Jadi solat itu rasanya terpaksa. Dan kalau tidak solat itu akan buatkan Mama rasa sedih atau marah nanti. Itu merasakan hukuman bagi anak,” ujarnya lagi.

Dari situ, Vidi menyedari bahawa menjalankan solat adalah bagi menepati kewajiban sebagai seorang Muslim, tanpa memahami makna yang sejati. Walupun begitu, sejak memasuki alam dewasa dan melanjutkan pelajaran di luar negera, ia merasa tertarik untuk mencari pemahaman yang lebih mendalam tentang ajaran agama Islam sebenar.

Pada tahun 2019, Vidi telah didiagnosis sebagai kanser ginjal, menurutnya lagi ketika berada di Singapura, penyanyi ini menyedari bahawa pada hari berikutnya operasi Nefrektomi (pengangkatan ginjal) akan dijalankan sehingga membuatnya berdoa lalu berasa hairan.

Ini kerana, Vidi merasa terasing dari ajaran agama Islam dan memerlukan petunjuk kerana bersendirian tanpa tempat bergantung. Pada saat itu, ia mula menunaikan solat lalu menitiskan air matanya kerana tersentuh terhadap perbuatannya itu.

“Saat berada di Singapura, keesokan harinya aku harus menjalani operasi pengangkatan ginjal. Aku berdoa, namun akhirnya aku merasa bingung. Sudah lama rasanya aku tidak pernah berkomunikasi dengan cara Islam, dan aku merasa bahwa aku sangat memerlukannya.

“Kemudian, aku membaca semuanya dengan perlahan. Dan di tengah-tengah solat, aku menangis sendirian di katil hotel,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This