Ibu kongsi video selesai solat berjemaah, Aliff Aziz ketuai bacaan doa – “Setiap kesulitan pasti ada kemudahan”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BIARPUN dihambat dengan kontroversi ditangkap khalwat, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dilhat pulang ke rumah ibu dan bapanya di Singapura.

Menerusi perkongsian di Instagram Story ibu Aliff iaitu Fiza Aziz, mereka sekeluarga turut menunaikan solat jemaah bersama-sama.

Malah, dalam rakaman video itu juga, Aliff dilihat sedang mengetuai bacaan doa.

Pada masa sama, Fiza atau penuhnya Siti Hafiza Basharahi turut menyelitkan kapsyen berbunyi ‘setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Amin Allahu Ya Ghafafar’.

Sebelum ini, Fiza mengundang sebak netizen apabila memuat naik luahan perasaan selepas anak lelakinya itu diuji dengan dugaan berat.

Menerusi luahan itu lagi, Fiza turut berpesan kepada Aliff agar tidak sesekali lekas berputus asa dan sentiasa ingat pada Allah SWT.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This