TERSENTUH dengan nasib yang menimpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan sumbangan kepada penyanyi kumpulan XPDC, Mohd Ali Ismail.
Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ali XPDC atau Ali Terra Rossa kini menderita masalah paru-paru sehingga menyukarkan beliau untuk aktif dalam dunia seni.
Sumbangan daripada Anwar disampaikan oleh setiausaha politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang menziarah penyanyi itu di kediamannya di Bandar Salak Tinggi, Selangor, semalam.
Baca artikel lain: Insentif kewangan kepada pengeluar gula langkah sementara – Amir Hamzah
“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Perdana Menteri difahamkan Mohd Ali sekeluarga kini bergantung kepada jualan produk maruku yang diusahakan isterinya, yang boleh dihubungi di talian 011-70700885.
Sebelum ini media tempatan melaporkan Mohd Ali, 56, pernah diserang penyakit angin ahmar dua tahun lepas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

