Insentif kewangan kepada pengeluar gula langkah sementara – Amir Hamzah

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

INISIATIF memberi insentif kewangan kepada pengeluar gula yang dilaksanakan oleh kerajaan pada ketika ini adalah langkah sementara.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, usaha itu diambil bagi memastikan kelangsungan bekalan dan harga gula kekal untuk pengguna.

“(Langkah) ini mengambil kira kenaikan harga global yang melibatkan kerugian kepada pengeluar tempatan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024 dan usul anggaran perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 di Dewan Rakyat.

Baca artikel lain: Pindaan Akta 588 dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang – Teo

Amir Hamzah menjawab isu dibangkitkan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai keputusan kerajaan memberikan insentif bulanan sebanyak RM1,000 setiap tan untuk gula kasar (CGS) bagi pek satu dan dua kilogram serta gula halus pek satu kilogram.

Dilaporkan insentif gula pasir kasar dan gula pasir halus masih berterusan sehingga kerajaan membuat semakan semula mekanisme kenaikan harga yang dijangka berlaku separuh kedua 2024.

Untuk rekod harga runcit gula di Malaysia ketika ini bukan saja antara yang terendah di ASEAN tetapi juga di peringkat global pada RM2.85 sekilogram.

Harga itu jauh lebih rendah berbanding negara jiran yang lain seperti Indonesia (RM5.74), Filipina (RM8.53), Singapura (RM7.34) dan Thailand (RM3.91).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Agong zahir pandangan, nasihat hala tuju pembangunan KL

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan pandangan serta nasihat yang konstruktif berhubung hala tuju pembangunan Kuala Lumpur (KL). Nasihat...

More Articles Like This