GEG: Pengguguran dari Akta Kawal Rokok tiada kaitan tindakan pelobi industri

Dari Penulis

PENGGUGURAN Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 tidak ada kaitan dengan tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Sebaliknya, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan pengguguran itu dibuat kerana teguran dan pendirian Pejabat Peguam Negara berhubung isu Perlembagaan yang menyebabkan kerajaan bertindak sedemikian.

“Kita mahu GEG itu, namun ketika dibangkitkan dalam kamar (Pejabat) AG, persoalan isu Perlembagaan telah menjadi besar, itu sebab kerajaan menambil sikap tidak bawa GEG bersekali dalam akta tersebut.

“…hanya itu, tidak ada kena mengena dengan pelobi, tidak ada kena mengena dengan apa-apa pun yang dianggap dan ditanggap persepi di luar sana,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) di Dewan Rakyat hari ini mahukan penjelasan kerajaan mengenai pengguguran peruntukan GEG dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

Menjawab satu lagi soalan tambahan Syed Saddiq mengenai garis masa pelaksanaan peraturan baharu terhadap industri vape dan bahan-bahan terlarang seperti nikotin, Dzulkefly berharap ia dapat dilaksanakan pada Jun tahun ini.

Baca juga: GEG: CAP minta kerajaan tubuh RCI siasat pemain industri tembakau, vape

“Kita akan usahakan dan pasukan sedang bekerja keras untuk menyelesaikannya lebih awal berbanding tarikh akhir,” katanya.

Berhubung pelan untuk mengawal selia industri vape dan bahan terlarang, Dzulkefly berkata kawalan terperinci meliputi pendaftaran, penjualan dan pembungkusan produk itu telah dirangka dalam peraturan yang dijangka dikuatkuasakan serentak dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, yang telah diluluskan bulan lepas namun belum berkuat kuasa.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tuntutan penempatan tetap Rohingya sentuh kedaulatan negara – Nurulhidayah

SEBARANG tuntutan yang mewajibkan Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian Rohingya disifatkan sebagai tidak wajar. EXCO Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad...

More Articles Like This