Zoo Negara Raikan Sinar Ramadan – Kongsi Rezeki dengan Menjalinkan Kerjasama Bersama Adabi Consumer Industries dan 99 Speed Mart Memasak Bubur Lambuk

Dari Penulis


Dalam suasana bulan Ramadan yang penuh berkah, Zoo Negara mengambil inisiatif meraikan bulan suci ini dengan ikatan ukhwah, berkolaborasi bersama penaja Adabi Consumer Industries dan 99 Speed Mart mengadakan gotong royong memasak bubur lambuk.

Bertemakan ‘Sinar Ramadan – Kongsi Rezeki’ ia merupakan simbolik kepada ukhwah yang terjalin di antara Zoo Negara bersama pihak penaja dan tanggungjawab sosial korporat. Menerusi program ini, Adabi Consumer Industries juga telah menaja RM100,000 bagi sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara.

Bagi menjayakan program Sinar Ramadan ini, Chef Irwan telah memperkenalkan resipi khas bubur lambuk dan mengadakan sesi demonstrasi memasak secara langsung serta berkongsi teknik-teknik sepanjang proses memasak.

Selain itu, 99 Speed Mart turut menyumbangkan 1,200 biji telur masin, bagi menambah cita rasa pada juadah bubur lambuk kali ini. Program yang diadakan saban tahun ini, mengajarkan kita nilai pentingnya berkongsi rezeki, memperkuat ikatan sosial dan memupuk kebersamaan sambil menyatukan komuniti dalam semangat kerja bergotong-royong.

Bubur lambuk ini diagihkan kepada seluruh warga kerja Zoo Negara, termasuk pusat tahfiz, pertubuhan kebajikan, surau dan masjid di kawasan berdekatan.

Ramadan kali ini, lebih bermakna dan telah mengeratkan jalinan ukhwah yang terjalin. Ia secara tidak langsung menghidupkan amalan bersedekah di bulan yang penuh keberkatan ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Status Halal JAKIM Cetus Fenomena, Churros+ Kini Jadi Pilihan Utama Snek Premium

JENAMA snek premium popular, Churros+, berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan selepas secara rasmi menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan...

More Articles Like This