KitKat dan EPIC Homes naik taraf kehidupan masyarakat Orang Asli, hulur lebih RM170,000  

Dari Penulis

Sempena bulan Ramadan penuh berkat ini, Nestlé KitKat® berkongsi rezeki dan membawa kesan positif kepada penduduk tempatan menerusi kempen KitKat® Rezeki Dikongsi Bersama. Dengan kerjasama EPIC Homes, KitKat® bertekad untuk menaik taraf kehidupan masyarakat Orang Asli melalui peruntukan dana berjumlah RM172,000 bagi memenuhi keperluan penduduk-penduduk, terutamanya mereka yang berkongsi ruang kediaman yang sempit dengan beberapa keluarga yang lain. Sokongan ini menangani keperluan seperti membaiki rumah, meningkatkan kemahiran masyarakat dan membekalkan keperluan asas.

Melalui lawatan ke Kampung Orang Asli Songkok baru-baru ini, Datuk Adnan Pawanteh, Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Nestlé (Malaysia) Berhad meluahkan penghargaan  atas kerjasama dengan EPIC Homes.

“Kami bersyukur dapat bekerjasama dengan EPIC Homes dan berkongsi kegembiraan yang dibawakan oleh KitKat®. Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, inisiatif ini menggalakkan penglibatan sosial dan memberikan kesan bermakna kepada golongan yang memerlukan. Sukarelawan Nestlé Cares turut bersedia untuk menghulurkan bantuan serta menunaikan komitmen bersama yang mencetuskan perubahan positif dalam Masyarakat,” katanya menerusi sebuah kenyataan media.

Sumbangan KitKat® kepada EPIC Homes meliputi kerja pembaikan rumah-rumah yang berada dalam keadaan yang daif seperti penggantian struktur asas rumah di Kampung Orang Asli Sungai Songkok dan Kampung Orang Asli Sungai Kelubi, Selangor. Terdapat rumah yang bumbungnya sudah bocor dan ada juga yang menghadapi masalah struktur. Penduduk-penduduk Orang Asli menghadapi cabaran untuk membaiki rumah mereka kerana mengalami kesulitan kewangan dan kekurangan sumber. Selain bantuan kewangan, KitKat® turut menyediakan alat-alat pembaikan rumah dan melengkapkan masyarakat Orang Asli dengan kemahiran membaiki rumah, demi menjamin kemampanan komuniti jangka masa panjang.

Lebih daripada 300 jubin bumbung dan papan panel ECOPEAL, yang ditaja oleh Projek CAREton anjuran Nestlé Malaysia dan Tetra Pak, telah digunakan untuk menyokong kerja-kerja pembaikan, termasuk pemulihan lantai, pembinaan semula dinding dan pembaikan bumbung. Bahan-bahan mesra alam ini digunakan dalam pelbagai projek, termasuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli oleh NGO dan inisiatif komuniti yang lain.

John-Son Oei, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EPIC Homes, merakamkan penghargaannya atas kerjasama ini.

“Di EPIC Homes, kami berusaha merapatkan jurang antara komuniti bandar dan luar bandar dengan memupuk hubungan yang bermakna antara kedua-duanya. Semangat kerjasama dapat dijalin dengan menggalakkan sukarelawan membina rumah bersama komuniti Orang Asli. Hubungan ini memainkan peranan yang penting untuk transformasi jangka panjang dalam masyarakat dan memberikan sokongan yang diperlukan. Ini merupakan kali kedua EPIC Homes bekerjasama dengan Nestlé dan KitKat® – dan saya amat bersyukur atas projek bermakna ini yang dapat menjana kesan positif untuk membawa keselesaan serta harapan kepada mereka dalam kesulitan. EPIC Homes mengalu-alukan lebih banyak kerjasama seperti ini pada masa akan datang,” jelasnya.

Di samping itu, sebanyak 150 unit hamper Nestlé Cares, bernilai RM53,000, telah diagihkan kepada komuniti Orang Asli di dua kampung tersebut. Setiap hamper mengandungi bahan makanan asas dan produk Nestlé seperti KitKat®, MILO®, MAGGI®, NESCAFÉ, NESTUM, EVERYDAY® dan lain-lain, menekankan komitmen Nestlé untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada individu dan keluarga yang memerlukan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gen Z tidak miskin pendapatan tetapi bergelut dalam realiti kehidupan

Felo Penyelidik Pasca Doktoral di Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya, Dr. Nik Zirwatul Fatihah. Pensyarah Kanan di...

More Articles Like This