MOM, CGA hormati keputusan tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menghormati keputusan kerajaan yang menolak tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) bagi menggantikan Victoria, Australia selaku tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Perkara itu dimaklumkan Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Norza memaklumkan, MOM selaku Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas kesudian mempertimbangkan tawaran CGF.

“Selepas mengambil kira semua aspek penganjuran termasuk implikasi kewangan, kami memahami keputusan kerajaan untuk memberi keutamaan kepada keperluan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, KBS mengesahkan Malaysia tidak menerima tawaran CGF sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.

KBS memaklumkan, mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini telah mengambil keputusan tersebut setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.

Delegasi CGF telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah itu pada 5 Februari lalu.

Sesi tersebut turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Baca artikel lain: Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026

Hasil pertemuan tersebut telah dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan antara lain mengutarakan tawaran CGF berjumlah RM603 juta yang dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar.

Malah, impak ekonomi juga tidak dapat dikenal pasti dalam jangka masa singkat ini.

Untuk rekod, tawaran untuk Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 2026 mengundang reaksi pelbagai, ada menganggapnya peluang menjana ekonomi menerusi pelancongan, sebahagian merasakan kos penganjuran akan merugikan negara.

Victoria, Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu menarik diri pada Julai tahun lalu kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (RM21.78 bilion).

Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) kemudian menawarkan Malaysia menjadi tuan rumah, bersama dana RM602 juta, namun kos penganjuran dijangka mampu mencecah RM5 bilion hingga RM10 bilion.

Kuala Lumpur pernah menganjurkan temasya berkenaan pada 1998.

Daripada 74 negara dan wilayah yang menjadi ahli CGF, hanya England, Kanada, Australia, Wales, New Zealand, Jamaica, Scotland, India dan Malaysia pernah menganjurkan temasya itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This