KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan Malaysia tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
KBS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini telah mengambil keputusan tersebut setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.
Jelas kenyataan tersebut, delegasi daripada CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta mengadakan sesi
penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah itu yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua pada 5 Februari lalu.
“Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan antara lain mengutarakan tawaran CGF berjumlah RM603 juta dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar.
“Selain itu, impak ekonomi tidak dapat dikenalpasti dalam jangka masa singkat ini. Kerajaan Madani mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
“Namun, pada ketika ini kerajaan mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” jelas kenyataan tersebut.
Baca juga: Keputusan anjur Sukan Komanwel 2026 utamakan kepentingan negara, rakyat
Untuk rekod, tawaran untuk Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 2026 mengundang reaksi pelbagai, ada menganggapnya peluang menjana ekonomi menerusi pelancongan, sebahagian merasakan kos penganjuran akan merugikan negara.
Victoria, Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu menarik diri pada Julai tahun lalu kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (RM21.78 bilion).
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) kemudian menawarkan Malaysia menjadi tuan rumah, bersama dana RM602 juta, namun kos penganjuran dijangka mampu mencecah RM5 bilion hingga RM10 bilion.
Kuala Lumpur pernah menganjurkan temasya berkenaan pada 1998.
Daripada 74 negara dan wilayah yang menjadi ahli CGF, hanya England, Kanada, Australia, Wales, New Zealand, Jamaica, Scotland, India dan Malaysia pernah menganjurkan temasya itu
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

