10 tahun dalam industri fesyen, jenama baju Melayu, Elrah Exclusive menyambut ulang tahun dengan tayangan filem pendek ekslusif berjudul ‘Mak’.
Mengumpulkan beberapa personaliti terkenal tanah air seperti , Khairy Jamaluddin (KJ), Shahril Hamdan, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Amir Ahnaf, MK K-Clique, Meerqeen, dan Fadhli Masoot sebagai duta jenama Elrah Exclusive, filem pendek ini berdasarkan kisah benar pengasasnya, El Azman.


Naratif filem yang sangat menyentuh hati ini adalah berkisahkan perjalanan seorang remaja, Hilmi, yang mendambakan belaian dan kasih sayang ibunya. Filem “MAK” ini menjalinkan kisah kerinduan seorang anak dan harapan ibu yang tidak berbelah bahagi.
Melalui penceritaan yang menyentuh hati ini, El Azman mengharapkan para penonton dapat merasai kerumitan emosi dalam ikatan kekeluargaan dan kuasa kasih sayang seorang ibu yang kekal abadi.


Elrah Exclusive ditubuhkan pada 2014 di Bangi Sentral dan berjaya meluaskan pasaran ke Asia Tenggara menjadikannya sebagai jenama terkenal di Asia. Setiap koleksi yang direka dengan teliti mencerminkan revolusikan industri fesyen terkini, terutamanya dalam Baju Melayu.
Beroperasi sebagai sebuah syarikat milikan tunggal, komitmen El Azman berpunca daripada aspirasinya untuk memupuk komuniti yang berfesyen, dimana individu menunjukkan keyakinan dalam menggayakan produk Elrah Exclusive.




