Maybelline New York Perkenal Revolusi Super Stay Lumi Matte Foundation : Mudah je nak dapatkan solekan Glass Skin macam Babara Beer

Dari Penulis

Jenama kosmetik ternama antarabangsa, Maybelline New York melancarkan koleksi produk terbaharu, Maybelline Super Stay Lumi Matte Foundation. Terokai kuasa transformasi solekan dengan formula 27 peratus lebih ringan daripada foundation biasa, tahan lama dan selesa walau dipakai sepanjang hari.

Super Stay Lumi Matte Foundation memastikan keselesaan pada wajah kerana teksturnya yang ringan dan mampu membuatkan anda kelihatan seperti superstar. Ia juga mampu memberi perlindungan sehingga 30 jam. Wow, hebat!

Membawakan trend solekan dengan pilihan warna yang versatil, tidak perlu jurusolek terkenal untuk menata rias wajah. Malah teknik mudah yang dikongsikan jurusolek terkenal Thailand, Babara Beer membuktikan solekan Glass Skin semudah ABC.

Menurut Babara Beer, Maybelline Super Stay Lumi Matte Foundation mampu menutup cela dan wajah yang kusam dengan hanya satu sapuan. Menggabungkan pelbagai seleksi warna, jelasnya setiap padanan warna mampu memberikan efek dan kesan berbeza pada wajah. Jadi tidak perlu menggunakan concealer.

Malah, foundation ini juga kalis air dan kalis peluh bagi memastikan penampilan anda tetap sempurna hingga ke hujung malam.

“Selaras dengan trend, di mana pengguna mencari solekan ringan dan mampu memberikan efek ‘clean-girl’ ‘dewy’ look, Maybelline Lumi Matte foundation menawarkan gabungan unik antara keselesaan, ringan dan liputan selama 30 jam. Asas baharu ini menawarkan kemasan matte yang berseri, bercahaya dan didatangkan dalam julat warna yang pelbagai.

“Kami percaya foundation ini akan memperkasakan pengguna untuk mengekspresikan diri mereka dengan yakin dan menghargai kecantikan semula jadi mereka. Ia bagi meraikan setiap kecantikan,” kata Yashashri Vatve, Pengarah Jenama Maybelline Malaysia-Singapura ketika majlis pelancaran di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.

Dalam pada itu, Maybelline New York turut membawakan jurusolek popular Thailand, Babara Beer dengan menganjurkan bengkel solek eksklusif di Malaysia. Bengkel ini memberikan peluang buat jurusolek, pempengaruh dan pengamal media bagi mempelajari petua dan trik solekan serta teroka rahsia mendapatkan kulit bercahaya bak mutiara dengan Super Stay Lumi Matte Foundation.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This