Pemain yakin Harimau Malaya mampu kejutkan Oman di Bukit Jalil, Selasa ini

Dari Penulis

PERTUKARAN formasi atau rentak permainan akan dilakukan bagi mempertajamkan jentera serangan skuad Harimau Malaya untuk menghadapi Oman dalam perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Pertahanan skuad kebangsaan Mohd Shahrul Mohd Saad berkata ketika menentang Oman di tempat lawan, pasukan lebih banyak bertahan agar tidak mudah dibolosi dan kali ini di gelanggang sendiri, skuad bimbingan Kim Pan Gon itu akan lebih agresif memburu jaringan.

“Semestinya bermain di tempat kita, saya rasa akan ada pertukaran formasi terutama dari segi serangan. Kita tidak boleh hilang mata untuk perlawanan seterusnya, kita akan bagi all out untuk perlawanan di tempat kita.

“Perlawanan di Oman kita harus bertahan, di sini tidak boleh terus bertahan terlalu lama, kita mahu mata. Kita mahu lebih serangan dan berikan tekanan untuk mendapatkan kemenangan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini. 

Sementara itu, Mohd Shahrul berkata berdasarkan perlawanan Jumaat lepas, mereka mengesan beberapa kelemahan pasukan Oman yang boleh dimanfaatkan pada perlawanan di Bukit Jalil nanti.

“Kita mampu melakukan sesuatu di tempat kita. Saya pasti kita mempunyai kekuatan sendiri bila bermain di tempat kita,” katanya. 

Seorang lagi pemain pertahanan negara Corbin Ong berkata berdasarkan corak permainan Oman tempoh hari, beliau yakin skuad kebangsaan mampu melakukan sesuatu apabila berdepan pasukan di ranking ke-80 itu.

“Oman di ranking utama dalam pot (undian), jadi kita beri muka. Tapi saya yakin Malaysia boleh mencipta sesuatu menentang Oman Selasa ini. Lagipun, mereka bukan pasukan tanpa kalah atau apa-apa seperti itu,” katanya.

Pada aksi di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat, Selasa lepas, skuad Harimau Malaya tewas 0-2 kepada Oman, sekali gus hilang status pendahulu Kumpulan D apabila turun ke tangga ketiga walaupun berkongsi enam mata dengan Oman yang merampas kedudukan berdasarkan perbezaan gol.

Kyrgysztan di tempat kedua juga dengan enam mata manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This