Kedah umum Sony Norde pemain import kedua, peminat teruja

Dari Penulis

SELEPAS sekian lama peminat menunggu, Kedah Darul Aman (KDA) FC hari ini mengumumkan seorang lagi penyerang import terbarunya iaitu pemain tengah menyerang, Sony Norde yang sebelum ini pernah menyarung jersi Terengganu FC dan Melaka United FC.

Sony, pemain import kedua selepas Sukhrob Nurulloev diharap dapat membantu barisan serangan skuad Sang Kenari yang kelihatan memilih lebih ramai pemain berpengalaman tempatan daripada dibanjiri oleh pemain import seperti musim lalu.

Perpindahan penyerang kelahiran Haiti itu diumumkan pengurusan Sang Kenari menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Facebook, Kedah Darul Aman FC petang ini.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Sony Norde, pemain berasal dari Haiti yang cukup dikenali di Liga Malaysia (Liga M) ketika bersama Melaka United FC dan Terengganu FC dengan gerakan lincah dan menghasilkan gol menakjubkan dengan rembatan padu menewaskan lawan.

“Pemain berusia 34 tahun memilih untuk berjuang di kem Sang Kenari musim 2024/25 walaupun unit pemantau pasukan telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya sejak musim lepas.

“Kehadiran Sony bakal memperkuatkan jentera serangan pasukan Sang Kenari dengan rangkaian pemain berpengalaman terdiri daripada Syafiq Ahmad dan Sukhrob Nurulloev.

“Sony Norde akan tiba pukul 4.30 petang nanti di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas dan akan disambut oleh pengurusan kelab, pasukan dan Ketua Jurulatih bagi meraikan kedatangan ke bumi Jelapang Padi sebagai pemain Sang Kenari. Jom sama-sama kita berikan sambutan hangat buat Sony,” kata KDA di dalam Facebook.

Pengumuman kehadiran Sony mendapat respons yang menggalakkan daripada para penyokong kelab utara tersebut yang dinyatakan melalui komen-komen di Facebook KDA selepas pengumuman tersebut.

“Sani Nordin mai dah..harap dia dapat kekalkan aksi bertenaganya di Kedah,” tulis Hairol Hafizi yang mengharapkan kehebatan bekas pemain Terengganu dan Melaka itu untuk aksi musim ini bersama Kedah.

“Dulu kita ada pemain yang hebat dari kepulauan Caribbean..Marlon Alex James dan Bernard Hauging..harap Sony juga dpt mengikut jejak,” kata Fitri Hassan

Bagaimanapun, ada juga yang meragui kemampuan Sony kerana tabiat suka bermain solonya seperti kata Nas Yong; “Tamak dia ni .. (bawa bola) sampai kat pintu gol, finishing out .. ape pun all the best Sony.”

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This